Jelatek, Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Mengimbau suasana zaman dahulu dalam meraikan raya seperti era 60an hingga 80an memeriahkan Nostalgia Raya Rumah Terbuka Datumcorp 2024. Tetamu hadir dengan berpakaian raya seperti era 60an, 70an & 80an menjadikan acara ini lebih nostalgia.
Acara tahunan setiap kali Syawal ini, merupakan satu platform yang strategik untuk mengukuhkan jalinan rangkaian pernigaan, meraikan dan menghargai sokongan dari Rakan-rakan Korporat, Duta Diplomat, wakil Anak-anak Syarikat serta pihak Berkuasa Tempatan serta termasuk agensi luar dalam meneruskan agenda pembangunan Datum Jelatek.
Tengku Khairil Azwan bin Tengku Abdul Samad, Pegawai Pemantau Operasi DCI berkata, “Acara ini menjadi acara tahunan untuk meraikan pelbagai pihak yang telah banyak menyokong pembangunan Datum Jelatek. Selain itu acara ini juga, dapat mempromosikan jenama-jenama premis yang ada dalam Datum Jelatek Shopping Centre dan produk pelancongan baru negara yang bakal beroperasi iaitu MDCC (Malaysia Datum Cultural Centre). Semoga acara Nostalgia Raya Rumah Terbuka Datumcorp ini dapat meninggalkan memori indah buat semua yang hadir”.
Tetamu disajikan dengan pelbagai menu hidangan antaranya Ketupat, Serunding Ayam, Rendang Perak, Nasi Minyak, Ayam Madu, Daging Beriani, Putu Piring, Cendol dan aneka kuih-muih. Acara ini juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagulagu raya lama dari kompilasi lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Datin Saloma sambil diiringi oleh kumpulan muzik Datum Band (DBB). Kehadiran artis yang pernah mewarnai industri hiburan tempatan dan mempunyai pengalaman serta kaitan dengan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee & Saloma seperti Norlia Ghani, Rashidah Jaafar menjadikan Nostalgia Raya Rumah Terbuka Datumcorp 2024 ini lebih meriah dan nostalgia.
Selain Itu juga, acara simbolik penyerahan sumbangan raya kepada artis lagenda / veteran dilaksanakan sebagai menghargai kerjaya seni mereka selama ini, melalui kempen ‘Datum Care & Share’. Sumbangan duit raya dan produk koporat Datumcorp diberikan kepada artis veteran seperti Norlia Ghani, Delimawati, Rashidah Jaafar, Rehan Yakob, S Rohani, Azizah (Zee), Mariani, Yatimah dan lain-lain.
Untuk makluman, Datum Care & Share adalah sebuah program CSR dari Datumcorp International Sdn Bhd dalam memberikan bantuan kepada masyarakat dan juga penghargaan kepada badan beruniform seperti PDRM, ATM , Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak yang menjadi “frontiiner” kepada masyarakat & Negara.