(SEMASA) Kempen MILO® Raikan Kebaikan Ramadan menyemarakkan rakyat Malaysia dengan kebaikan khasiat untuk melangkah lebih jauh

Spread the love

MILO® menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dengan menawarkan rangkaian produk berkhasiat bagi membantu rakyat Malaysia kekal bertenaga dalam menyempurnakan aktiviti harian sepanjang bulan yang mulia ini. Digemari turun temurun selama lebih 70 tahun, jenama minuman malt coklat ikonik ini melangkah lebih jauh pada musim ini dengan menunjukkan pelbagai cara untuk menikmati aneka produknya yang lazat serta penuh kebaikan.

Diperbuat daripada malt, susu dan koko serta gabungan vitamin dan mineral penting yang membantu membebaskan tenaga daripada makanan, MILO® sesuai dihidangkan untuk sahur, iftar mahupun moreh bagi mengekalkan dan memulihkan tenaga.

Saban tahun, MILO® telah mengembangkan inovasi rangkaian produknya bagi memenuhi keperluan tenaga, cita rasa serta gaya hidup rakyat Malaysia yang berbeza. Daripada serbuk MILO® dalam tin kegemaran ramai sepanjang zaman, sehinggalah pelbagai variasi MILO® Mixes yang didatangkan dalam format stik pek dan ‘sachet’ seperti MILO® 3-in-1, MILO® Less Sugar dan MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama meneroka semula dan terus menikmati kebaikan MILO® sepanjang Ramadan ini.

Enak dinikmati begitu sahaja mahupun digabungkan dengan bahan-bahan berkhasiat yang mudah didapati pada musim ini seperti buah kurma, MILO® turut menyajikan resepi istimewa seperti MILO® Panas dengan Kurma, MILO® Pisang dan Kurma Koko Buzz dan MILO® dengan Anggur dan Kurma yang ideal untuk sahur, iftar atau moreh. Resepi-resepi MILO® ini juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada pengguna untuk menghasilkan hidangan ciptaan mereka yang tersendiri.

“Sebagai jenama yang dekat di hati pengguna, kami percaya Ramadan tahun ini lebih mencabar di mana kehidupan seharian kini kembali padat. Memulakan hari dengan nutrisi penting yang lengkap dengan vitamin dan mineral semestinya perlu untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Selain itu, kami juga mengetahui pelbagai cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO® kesukaan mereka. Justeru, melalui kempen MILO® Raikan Kebaikan Ramadan, kami ingin terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menikmati kebaikan khasiat serta kelazatan MILO® mengikut cara kesukaan masing-masing, agar mereka dapat menyempurnakan Ramadan ini dengan penuh bertenaga. Bagi menyemarakkan sambutan, kami telah melancarkan satu peraduan beli-dan-menang selama sembilan minggu di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah mingguan yang lumayan,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Dari 1 Mac hingga 30 April 2022, pengguna di seluruh negara layak menyertai peraduan MILO® Raikan Kebaikan Ramadan dengan hanya pembelian minimum mana-mana produk MILO® terpilih bernilai RM15 dalam satu resit dan menghantarkan penyertaan mereka secara atas talian.

Pemenang akan dipilih setiap minggu, di mana seramai 27,000 peserta berpeluang memenangi hadiah bonus mingguan Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM5. Manakala hadiah sagu hati mingguan berupa satu set Koleksi Van MILO® Vintaj Edisi Terhad bakal menjadi rebutan 1,800 peserta setiap minggu. Tambahan pula, seramai 36 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah utama mingguan berupa set Van MILO® Vintaj Jongkong Emas Tulen 999 bernilai RM11,000. Setiap set didatangkan dalam empat reka bentuk van MILO® ikonik yang mengimbau nostalgia merentasi dekad.

Bagi melipatgandakan peluang untuk menjadi pemenang, pengguna boleh membeli mana-mana produk MILO® berikut untuk meraih dua penyertaan: MILO® 3-in-1, MILO® Less Sugar, MILO® Stik Pek, MILO® with Whole Grain Cereal dan MILO® Tin 1.5kg. Tiada had ke atas jumlah penyertaan yang boleh dihantar oleh pengguna.

Peraduan MILO® Raikan Kebaikan Ramadan mengalu-alukan semua pengguna MILO® berumur 18 tahun dan ke atas yang merupakan penduduk Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah.

Resit rasmi diperlukan sebagai bukti pembelian dan hanya diterima daripada peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia, serta platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk terma dan syarat penuh serta sajian resipi MILO® istimewa untuk menyempurnakan sambutan Ramadan, layari: https://www.milo.com.my/raikankebaikanramadan


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *