Seperti sedia maklum, ramai rakyat Malaysia mengalami masalah keletihan dan gaya hidup yang tidak sihat. Dalam usaha untuk membantu mempromosikan gaya hidup yang sihat, WATSON dan CELEBRITY FITNESS berkerjasama dengan radio stesen terkenal HITZ.fm telah melancarkan kempen “Move Your Body”. Kempen ini merupakan kesinambungan kepada program Hari Kesihatan Sedunia dan bakal berlangsung bermula 25 Februari sehingga 30 Mac 2014 di seluruh rangkaian kedai WATSON di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Di antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung antaranya, peraduan rekaan video tarian untuk pengguna Facebook WATSON dimana pemenang bakal memenangi RM5,000 tunai dan pemenang akan mempersembahkan tarian rekaannya pada majlis kemuncak “Move Your Body” yang bakal berlangsung pada 30 Mac 2014 di Sunway Lagoon.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook www.facebook.com/watsonmalaysia atau laman sesawang rasmi WATSON www.watsons.com.my