WOOX Innovations, satu salah anak syarikat Philips yang menguruskan portfolio headfon berjenama Philips, telah melancarkan kempen ‘You Need To Hear This’ di Malaysia baru-baru ini.
Kempen ini bertujuan untuk menampilkan video rakyat Malaysia menggunakan headfon Philips mereka untuk berinteraksi dengan kandungan digital sama ada muzik, permainan, filem dan banyak lagi di sekolah-sekolah, kolej, universiti ataupun perumahan di kawasan Lembah Klang.
Antara pengguna headphone yang diketengahkan Philips adalah Tuan Attif, pelajar jurusan Pemasaran & Pengurusan dari KDU yang juga merupakan anggota Pasukan NAGA, sebuah pasukan kompetitif e-games.
Untuk pemain yang kompetitif, memilikki headphone berkualiti tinggi seperti Philips M1BT adalah satu kemestian kerana ia memastikan pengeluaran suara yang lebih jelas justeru meningkatkan lagi kualiti permainan dan ia juga terdapat mikrofon built-in yang meningkatkan dan memudahkan kadar komunikasi dengan rakan sepasukan. Selain itu, headphone M1BT juga boleh digunakan bersama permainan video konsol.
Menurut Tuan Attif, headphone Philips M1BT membenarkan dia untuk menghargai sepenuhnya permainan video dan bekerja lebih baik sebagai sebahagian daripada ahli pasukan e-games kompetitif.
” Industri permainan video waktu kini merupakan sebuah industri jutaan ribu Ringgit dan ini menyebabkan peningkatan produksi kualiti bunyi yang sangat baik. Dengan sambutan frekuensi yang menakjubkan dari headphone Philips M1BT saya boleh mengesan bunyi yang saya tidak dapat dengar sebelum ini. Ini penting kerana bunyi boleh dijadikan petunjuk yang boleh didengar dalam permainan video. Dengan mendengar isyarat ini , ia memberi saya masa untuk bertindak balas dengan lebih cepat, dan saya juga boleh mencari pemain lawan dengan lebih tepat dan mudah melalui bunyi langkah kaki mereka,” katanya.
“Fokus adalah faktor utama dalam permainan. Fungsi ‘noise cancelling’ Philips M1BT adalah sangat baik kerana ia menghalang daripada gangguan bunyi luar yang bukan sebahagian daripada pasukan saya, selain membolehkan tumpuan tambahan semasa permainan. Saya juga bermain dalam tempoh waktu yang lama dan adalah penting bahawa semua peralatan saya termasuk headphone saya menyumbang kepada keselesaan saya dan ianya juga tahan lasak.”
Menurut Encik Andrew Tan, Ketua Perniagaan WOOX Innovations Malaysia, kempen Philips ‘You Need to Hear This’ ini bertujuan untuk melibatkan orang ramai yang mengikut trend budaya baru, terutamanya di dalam muzik dan kandungan digital.
“Tidak ada cara yang lebih baik untuk melakukan ini selain daripada menawarkan apa yang mereka cari: kualiti bunyi yang unggul bila-bila masa dan di mana jua mereka memerlukannya. Di samping itu, WOOX Innovations juga membawa masuk pelbagai lagi model tanpa wayar headphone Blutooth, menjanjikan keselesaan tanpa wayar, “kata Encik Tan.
Dengan peningkatan populariti yang semakin tinggi terhadap permainan video kompetetif seperti DOTA 2, Counter Strike, Sudden Attack, dan FIFA, spesifikasi Philips Fidelio M1BT ini sesuai dengan keperluan pemain e-games kompetitif.
Dengan menggunakan standard Bluetooth 4.0 terkini, headphone Philips Fidelio M1BT Bluetooth® bersedia untuk berhubung dengan mana-mana peranti APT-X (Android), AAC (Apple) dan SBC untuk pegeluaran suara definisi tinggi, lantas menjanjikan keseronokan muzik yang luar biasa. Bahan-bahan yang digunakan untuk headphone Fidelio M1BT Bluetooth juga telah dipilih dengan teliti untuk memastikan keselesaan dalam tempoh penggunaan panjang dan prestasi bunyi yang dipertingkatkan, ditambah pula dengan earpads yang dibuat dengan bahan “bernafas” yang melawan tekanan dan haba. Headphones ini menerima anugerah 2014 CEA Innovation, untuk kategori headphone.
“Fungsi tanpa wayar daripada Philips Fidelio M1BT memberikan saya kebebasan untuk memberi tumpuan kepada permainan, tidak seperti headphone berkabel yang boleh menggangu. Reka bentuknya juga adalah hebat, ” Tuan Attif huraikan.
Kevin Yan Lin Naing, satu lagi anggota pasukan NAGA menambah “Sebagai pemain permainan video menembak (FPS), kejelasan bunyi membantu kita menentukan di mana ahli-ahli pasukan lawan berada. Dan Philips Fidelio M1BT memberikan satu kelebihan besar! “
Harith Asmdy, juga ahli Pasukan NAGA dan pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Massa mendapat tahu mengenai headphone Philips Fidelio melalui rakan-rakan yang mengesyorkan untuk kualiti audio unggul dan kemudahan penggunaan. “Dengan reka bentuk yang bergaya dan praktikal, ianya harus dimiliki oleh semua orang,” kata Harith.
Dilancarkan pada mulanya di UK dan Jerman, kempen Philips ‘You Need To Hear This’ kini sedang dilancarkan di seluruh dunia. Selain on-line, kempen ini juga menawarkan tayangan perdana video eksklusif, akses kepada persembahan yang unik, sesi artis unik, penyertaan festival, dan banyak lagi. Jika anda mahu untuk meneroka inovasi dalam bunyi untuk diri sendiri, anda boleh lawati www.youneedtohearthis.com sekarang, atau di Facebook page www.facebook.com/PhilipsSoundMalaysia.
Philips Fidelio M1BT boleh didapati di semua kedai runcit utama di Malaysia pada harga RM1,199.