(SEMASA) KEMPEN REXONA FRESH MOVE MENCETUS INSPIRASI GOLONGAN MUDA MALAYSIA UNTUK TERUS BERGERAK DAN KEKAL SEGAR – Duta Rexona, Scha Alyahya Turut Sama Meraikan Kejayaan Kempen Rexona Fresh Move

Spread the love

Rexona Fresh Moves Digital Contest Winners_1

Bergerak memang bagus tetapi lebih banyak pergerakan boleh menyebabkan peluh dan bau badan yang kurang menyenangkan. Baru-baru ini deodoran terkemuka dunia dan duta Rexona, Scha Alyahya bersama penyokong kempen, Nabil Ahmad dan  Jihan Muse bergabung untuk menyebarkan “Kempen Pergerakan Segar Rexona” menerusi satu siri video jenaka dan berpendidikan yang menggambarkan lebih banyak pergerakan anda, lebih banyak perlindungan!

 Rexona Fresh Moves comedy sketch by Scha, Nabil and Jihan

Heng Hui Ling, Pengurus Bahagian Kategori Deodoran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata: “Rexona selayaknya berada di tangga teratas atas keupayaannya dalam menyediakan teknologi terbaik untuk melindungi diri daripada peluh dan bau badan.  Freshprotect™ yang dipatenkan oleh Rexona bertindak balas secara terus kepada pergerakan badan – lebih banyak pergerakan anda, lebih banyak perlindungan! Ini adalah kerana mikrokapsul berteknologi tinggi yang terdapat dalam produk ini membebaskan haruman dengan setiap pergerakan. Dengan teknologinya yang telah dipatenkan, Rexona memberikan kesegaran sepanjang hari dengan setiap pergerakan, ditambah pula dengan rasa yakin bahawa peluh tidak akan mengganggu anda, jadi kita boleh melakukan lebih banyak lagi!”

“Kempen Rexona Fresh Move” menyokong gaya hidup sihat dan berharap untuk membangkitkan semula semangat di kalangan belia di Malaysia dan mengingatkan golongan muda untuk terus bergerak dan kekal segar.

Dalam usaha memberi inspirasi kepada golongan muda untuk lebih bergerak dan tidak takut pada peluh dan bau badan, “Kempen Rexona Fresh Move” menampilkan duta jenama Rexona buat pertama kalinya – Scha Alyahya. Tiga video digital Rexona Fresh Move dilakonkan oleh Scha dan dua selebriti terkenal – Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah dilancarkan pada Julai tahun ini selari dengan pertandingan digital. Para pengguna digalakkan untuk menyertai pertandingan digital Kempen Rexona Fresh Move dengan menghantar video Fresh Move mereka sendiri untuk memenangi hadiah menarik sepanjang pertandingan tersebut.

“Kami teruja untuk mengumumkan bahawa video digital Rexona Fresh Move yang direka untuk menggalakkan golongan muda bergerak, kini menjadi viral dan menarik lebih daripada 5 juta tontonan di Facebook dan YouTube dalam masa 2 bulan dan angkanya kian bertambah. Kami teruja melihat banyak komen positif di media sosial dan kami berharap orang ramai akan terus bergerak dan mencabar diri mereka untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan mereka dengan Rexona,” tambah Hui Ling.

Rexona meraikan kejayaan “Kempen Rexona Fresh Move” bersama Scha dengan menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM20,000 dan hamper untuk para pemenang pertandingan digital berkenaan yang  penuh inspirasi dan bersemangat. Sepanjang acara media tersebut, para penonton dan pemenang dihiburkan dengan persembahan sketsa eksklusif daripada Scha bersama Nabil dan Jihan. Paparan yang tidak pernah ditonton sebelum ini, apabila 3 watak berkenaan menunjukkan fungsi Semburan Rexona dengan Freshprotect™ dan bagaimana ia membuatkan seseorang itu kekal segar dengan setiap pergerakan.

“Ianya satu penghormatan yang mengagumkan apabila dapat bekerjasama dengan jenama deodaran terkemuka dunia – Rexona. Membahagikan masa sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan, saya perlu terus bergerak dan melakukan lebih lagi untuk mencapai yang terbaik meskipun menjalani kehidupan yang sibuk. Terima kasih kepada teknologi Freshprotect™ yang disediakan oleh Rexona, saya kini boleh bergerak ke hadapan kerana ia memberikan saya kesegaran dan keyakinan dalam rutin seharian saya serta dorongan untuk menghadapi semua cabaran dalam kehidupan saya,” kongsi Scha pada majlis media.

Semburan Rexona dengan Freshprotect™ yang diperbaharui  dirumus dengan teknologi mikrokapsul yang bertindak balas dengan tubuh. Teknologi unik Freshprotect™ yang dipatenkan tersebut direka untuk keperluan lelaki dan wanita moden yang menjalani gaya hidup yang sibuk dan aktif. Pergerakan badan dengan pergeseran di bawah lengan membolehkan kapsul mikro tersebut meletus dan membebaskan haruman, memberikan perlindungan sehingga 48 jam daripada peluh dan bau badan apabila seseorang itu bergerak.

Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ boleh didapati dalam lima varian untuk memenuhi gaya hidup berbeza – Shower Clean, Free Spirit, Passion, Whitening dan Powder Dry. Bagi rangkaian lelaki Rexona dengan Freshprotect™, terdapat lima varian merangkumi Ice Cool, Invisible Dry, Sport Defence, Adventure dan V8.

Semburan Rexona dengan Freshprotect™ Shower Clean, Free Spirit, Passion, Powder Dry, Ice Cool, Sport Defence, Adventure dan V8 bagi botol kandungan 150ml berharga RM12.50 manakala Whitening dan Invisible Dry 150ml berharga RM13.50. Semburan deodoran yang diperbaharui ini boleh didapati di farmasi terkemuka, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/RexonaMY


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *