(SEMASA) Kempen “SNICKERS® Memahami ” – memupuk toleransi dan empati di bulan Ramadan

Spread the love

Kuala Lumpur, 2 Jun 2017 – SNICKERS®, salah satu jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia, telah melancarkan kempen SNICKERS® Memahami bagi menghargai amalan dan ibadah yang dipraktikkan oleh umat Islam di bulan Ramadan.

Selain daripada menunaikan ibadah puasa, umat Islam turut mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dengan berbuka puasa bersama-sama.

Tahun ini, kempen SNICKERS®  Memahami berkongsi makna serta amalan yang dilakukan di bulan Ramadan, tetapi dari perspektif mereka yang bukan beragama Islam. Kempen yang dijayakan melalui penganjuran aktiviti dan menerusi video kempen  menyaksikan SNICKERS® bersama-sama dengan masyarakat bukan beragama Islam di Malaysia, bersatu untuk memberi sokongan kepada mereka yang berpuasa. Pasukan SNICKERS® yang ditugaskan untuk menjayakan kempen SNICKERS® Memahami ini turut berpuasa bagi merasai sepenuhnya amalan di bulan Ramadan dan pengalaman mereka telah direkodkan sebagai video kempen SNICKERS® Memahami.

Menerusi kempen ini, SNICKERS® menyasarkan untuk menyemai pemahaman dan rasa hormat terhadap ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadan serta nilai-nilai mulia disebaliknya seperti kesabaran, pengorbanan, rasa rendah diri, sifat murah hati dan menjaga silatulrahim bersama keluarga dan rakan-rakan. Kempen ini juga dianjurkan bagi mengingatkan rakyat Malaysia tentang pentingnya toleransi serta penerimaan dalam kalangan masyarakat, dan hubungan erat antara rakyat berbilang agama serta budaya.

“Tujuan kami menganjurkan kempen SNICKERS® Memahami ini adalah untuk memberi penghormatan terhadap amalan serta tradisi di bulan Ramadan dan menyatukan rakyat Malaysia di bulan yang mulia ini. Kami ingin rakyat Malaysia untuk mendapat pemahaman yang lebih baik tentang ibadah puasa, nilai-nilai murni serta pengorbanan, dan kegembiraan berbuka puasa bersama yang orang yang tersayang,” kata Pengarah Pemasaran Mars Chocolate, Asia Tenggara, Ng See Meng.

SNICKERS® Memahami turut menghasilkan sebuah video yang menonjolkan pengalaman dua orang bukan beragama Islam berpuasa buat pertama kali dalam hidup mereka. Video berkenaan merakamkan pengalaman mereka berpuasa sambil meneruskan urusan seharian termasuklah berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan menghadiri mesyuarat. Salah satu ganjaran utama ialah mereka dapat berbuka puasa bersama-sama dengan rakan-rakan beragama Islam yang sentiasa membantu mereka dalam melalui pengalaman berkenaan.

Tambah See Meng lagi, “Menerusi kempen ini juga, kami dapat memahami bahawa bukan semua rakan-rakan Muslim sempat berbuka puasa di rumah bersama yang tersayang kerana komitmen mereka terhadap kerja atau menghadiri kuliah. Dalam keadaan demikian, mereka boleh berbuka puasa dengan SNICKERS®,  coklat yang padat dan mengenyangkan sebelum tiba di rumah untuk menikmati juadah lengkap berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.”

Pada majlis pelancaran kempen, SNICKERS® turut disertai oleh rakan pelakon Razif Hashim, bekas pengacara radio JJ dan artis sensasi YouTube Dan Khoo bagi menyampaikan mesej tentang pemahaman, sifat belas kasihan dan pengorbanan yang dekat dengan hati mereka. Bagi JJ dan Dan Khoo, perasaan mereka acap kali tersentuh pada bulan yang mulia ini apabila melihat bagaimana rakan-rakan mereka menunaikan ibadah puasa yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Bagi mereka kesungguhan serta kekuatan rakan-rakan mereka yang beragama Islam dalam meraikan Ramadan merupakan satu kejayaan yang mengagumkan.

Pada majlis yang diadakan di stesen LRT Bangsar itu, semua selebriti berkenaan turut menyertai pasukan SNICKERS® untuk mengedarkan pek buka puasa SNICKERS® Memahami. Pek yang mengandungi coklat SNICKERS®, buah kurma dan sebotol air itu diedarkan kepada orang ramai supaya mereka dapat berbuka puasa dalam perjalanan sebelum tiba ke rumah untuk menikmati juadah bersama keluarga.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti serta lokasi pengedaran pek SNICKERS®, sila kunjungi laman Facebook SNICKERS® Malaysia: www.facebook.com/SNICKERSMalaysia.

Sempena kempen SNICKERS® Memahami, SNICKERS® akan mengedarkan 15,000 pek buka puasa di kawasan-kawasan yang padat dengan orang ramai termasuklah stesen Petronas dan LRT terpilih di sekitar Lembah Klang.

Seperti kempen-kempen sebelum ini, SNICKERS® banyak mempamerkan aspek emosi, serta memahami dan menghargai semangat yang ditonjolkan ketika bulan Ramadan. Tahun lalu, SNICKERS® telah menganjurkan kempen SNICKERS® Menghargai dengan memberi tumpuan kepada usaha mengetengahkan kerjaya yang kurang mendapat penghargaan ramai seperti jururawat dan pengendali tol. Mereka ini merupakan antara individu yang sentiasa mengutamakan tanggungjawab mereka dahulu dan melewatkan berbuka puasa atas tuntutan kerja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, terkini dan menonton video kempen SNICKERS® Memahami, sila layari laman Facebook SNICKERS® Malaysia www.facebook.com/SNICKERSMalaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *