Membawakan tema lagenda penyanyi tanah air , Dato Sudirman Arshad, Eastin Hotel Petaling Jaya berkerjasama dengan Pusat Arkib Negara Malaysia meraikan “Golden Years” atau tahun keemasan industri muzik, seni dan budaya Malaysia. Dengan menjadikan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai signifikasi promosi ini, pihak Eastin Hotel bakal menjadikan pakej berbuka puasa di Swez Brasserie ini sebagai sebahagian daripada rangka promosinya.
Pakej berbuka puasa di Swez Brasserie, Eastin Hotel ini bakal menyajikan lebih 200 variasi makanan asli tempatan, timur tengah, jepun dan barat termasuklah juadah dan lauk kegemaran Dato Sudirman Arshad seperti masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sambal Ikan Bilis Petai, Pais Ketam Bunga, Nasi Arab, Kambing Panggang dan banyak lagi. Buffet Ramadan ini juga menyediakan variasi pencuci mulut yang menarik antaranya Kuih Sagu Pelangi, Pengat Pisang, Bubur Durian, Bubur Jagung, Macaroon Berintikan Durian dan juga juadah yang bergoreng.
Para pelanggan yang menikmati juadah berbuka puasa di Eastin Hotel pada tahun ini bakal dihiburkan dengan dendangan senarai lagu dari koleksi Dato Sudirman Arshad dan juga aktiviti sampingan seperti game (permainan) dan kuiz kepada para pelanggan. Menambahkan lagi keseronokan untuk para pelanggan Eastin Hotel di bulan Ramadan ini, pihak hotel akan mengadakan peraduan “ Ramadan Share & Win Foodography Contest” yang bakal bermula pada 10 Julai sehinggan 7 Ogos 2013 dimana para pelanggan yang menikmati juadah berbuka puasa di Swez Brasserie , Eastin Hotel ini merakamkan juadah berbuka puasa mereka secara kreatif (creative food shots) dan memuatnaik ke dalam halaman facebook Eastin Hotel Petaling Jaya. Pelanggan perlu LIKE halaman facebook dan berkongsi gambar yang ada di halaman facebook itu kepada ahli keluarga dan rakan taulan yang lain. Gambar menarik yang mendapat LIKE terbanyak akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik antaranya kamera Canon PowerShot dan juga hadiah saguhati berbentuk voucher penginapan dan makan Eastin Hotel bernilai lebih RM300 setiap satu.
Pakej promosi buffet Ramadan Swez Brasserie , Eastin Hotel ini ditetapkan pada harga RM98++ (dewasa) dan RM49++ (kanak-kanak) untuk minggu pertama bulan Ramadan manakala harga RM110++ (dewasa) dan RM55++ (kanak-kanak) untuk minggu ke dua sehingga minggu ke empat bulan Ramadan. Untuk tempahan sila hubungi Swez Brasserie , Eastin Hotel ditalian 03-7655 1111 (ext 183)