RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad memeterai jalinan kerjasama dengan komuniti Masyarakat Lun Bawang di kawasan tanah adat Lawas, Sarawak bagi menjana peluang ekonomi menerusi tanaman Guarana secara bersama.
Pengarah Urusan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad, Datuk Ibrahim Yahya berkata, pihaknya bersedia menyediakan platform dan benih Guarana untuk membantu komuniti masyarakat tempatan di Lawas menjana pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk membantu masyarakat Lun Bawang menjana pendapatan memandangkan sasaran pihak RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad mahu menjadikan guarana sebagai tanaman eksport utama negara selain bahan komoditi lain.
RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad yang mendapat lesen eksklusif memproses tanaman ini dari kerajaan Brazil yang merupakan pengeluar utama herba guarana di dunia menyasarkan produk tepung guarana dieksport ke China melalui kilang memprosesan mereka di Kulim Hi-Tech dan Pulau Pinang. Menurutnya, kilang tersebut juga akan menjadi yang pertama memproses tepung guarana di dunia, dan yang pertama di Asia mengekstrak herba tersebut.
Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ini turut dihadiri penaung RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad iaitu Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, manakala Datuk Matius Baru mewakili komuniti masyarakat Lun Bawang.
Guarana atau Guaraná , Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.
Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi.
Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan 1-2% untuk biji kopi).
Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu kajian penyelidikan untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi empat dos(37.5 mg,75 mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah, mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan 75 mg guarana.