(SEMASA) KITSCHEN MELANCARKAN KOLEKSI EKSLUSIF HELLO KITTY

Spread the love

page

KITSCHEN dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan watak fiksyen popular, Hello Kitty. Sempena sambutan ulang tahun ke-40 Hello Kitty, KITSCHEN melancarkan koleksi bertemakan Hello Kitty eksklusif dengan inspirasi dari alam liar.

Koleksi eksklusif bertemakan Hello Kitty ini mempunyai pelbagai siluet yang menonjolkan Si Hello Kitty rock and roll, dan funky. Koleksinya meliputi gaun maxi, baju kait, baju pendek, baju labuh, gaun mini, seluar pendek denim dan jaket besbol. Koleksi yang menarik ini menampilkan cetakan Aztec dan harimau bintang di dalam pelbagai warna ultra-bergaya, dari merah jambu, biru cerah, kelabu dan hitam. Pelbagai fabric seperti fabrik jersi, kulit PU, bulu, manik-manik, neoprene, jaring dan denim telah digunakan untuk menghasilkan koleksi ini. Potongan-potongan yang menarik dari koleksi Hello Kitty ini akan membuatkan pemakai KITSCHEN teruja dengan pakaian yang boleh di ‘mix and match’ mengikut gaya tersendiri.

Koleksi ini akan menampilkan empat pakaian edisi terhad yang terdiri daripada jaket besbol PU dengan lengan bermanik, baju berhud dengan hiasan telinga, jumpsuit neoprene dengan seluar pendek kulit PU dan skirt kembang embroidered yang membolehkan peminat-peminat Hello Kitty bergaya edgy. Ketua Pemasaran KITSCHEN, Tan Ai Lee juga menambah, “KITSCHEN adalah tentang meraikan identiti fesyen individu. Dengan koleksi terbaru Hello Kitty, KITSCHEN mampu mempamerkan personaliti peminat Hello Kitty yang lebih matang dan bergaya. Saya percaya peminat Hello Kitty akan berasa gembira dengan menyaksikan bagaimana kami mentransformasikan watak kartun ini ke fesyen yang
turut boleh digayakan oleh mereka yang lebih dewasa. Usia tidak menjadi masalah, selagi anda seorang peminat Hello Kitty, kami mempunyai sesuatu yang pasti sesuai dengan anda. ” Koleksi bertemakan Hello Kitty akan berada di pasaran pada bulan November di semua gedung pada
harga RM39.90 to RM159.90.

KITSCHEN BERKOLABORASI DENGAN SANRIO HELLO KITTY TOWN NUSAJAYA
Sanrio Hello kitty telah membuat penampilan di majlis pelancaran KITSCHEN dan telah menjadi saksi kepada pelancaran koleksi KITSCHEN Hello Kitty. Kehadirannya telah menerima sambutan hebat daripada peminat dan tetamu yang hadir.

Bagi meraikan pelancaran koleksi eksklusif ini, KITSCHEN akan mengadakan peraduan ‘KITSCHEN Loves Hello Kitty’ dari November 15 hingga Disember 15, 2014. Pelanggan yang membeli mana-mana produk Hello Kitty layak menerima satu borang penyataan. 10 pemenang bertuah akan dipilih di penghujung tempoh peraduan. 2 X Pemenang Hadiah Utama akan memenangi dua pas Bertemu Hello Kitty istimewa, dua tiket masuk ke SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya dan satu baucar tunai KITSCHEN bernilai RM500. 8 X Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima dua tiket masuk ke SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya serta baucar tunai KITSCHEN RM200.

Selain itu, pelanggan yang membeli Kolekdi KITSCHEN Hello Kitty bernilai RM50 ke atas layak menerima diskaun 20% untuk tiket masuk ke SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya. SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya adalah taman tema SANRIO HELLO KITTY TOWN pertama di luar Jepun. SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya mempunyai pelbagai tarikan, dan juga aktiviti interaktif serta permainan berdasarkan karektor ikonik Hello Kitty.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian tiket untuk SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya, sila layari www.playtime.com.my. Untuk berita terkini sila follow facebook.com/SanrioHelloKittyTown.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *