Peneraju produk penjagaan wanita, Kotex® berganding tangan dengan HOPE worldwide Malaysia, sebuah persatuan kebajikan antarabangsa yang tidak berunsurkan agama dan keuntungan, untuk melancarkan kempen terbaharu, “Pass the Protection”. Melalui rangkaian hubungan antara wanita, kempen ini bertujuan memberi galakan serta kekuatan kepada golongan wanita muda di Malaysia apabila mereka menyambut detik-detik perubahan dalam kehidupan mereka. Kempen ini memberi galakan kepada mereka untuk mengambil berat serta memberi sokongan kepada kawan-kawan, adik beradik, rakan-rakan sekerja serta wanita-wanita lain dari segenap lapisan masyarakat.
“Golongan wanita memerlukan perlindungan apabila mereka menyambut detik-detik perubahan yang penuh cabaran. Di Kotex®, kami sedar bahawa gadis-gadis di Malaysia yang berusia antara 18 hingga 24 akan mengalami pelbagai pengalaman saat pertama yang mencabar dan mengujakan. Justeru itu, kami ingin mewujudkan suasana di mana mereka dapat menyokong antara satu sama lain, sekaligus “menyebarkan” perlindungan mereka,” kata Danny Tan, Pengarah Urusan, Kimberly Clark Malaysia.
Menerusi kempen “Pass the Protection”, Kotex® menyediakan satu platform bagi golongan wanita di Malaysia menyebarkan tip-tip penting berkaitan kehidupan dengan menekan butang di laman sesawang kempen, https://www.kotex.com.my/passtheprotection untuk membantu rakan-rakan mereka menghadapi detik-detik perubahan yang mencabar. Setiap kali seorang wanita “menyebarkan” perlindungan (tip menghadapi detik perubahan + tuala wanita Kotex), Kotex® akan menderma satu tuala wanita Kotex® Overnight kepada seorang wanita yang memerlukan menerusi sumbangan kepada HOPE worldwide Malaysia. Menerusi inisiatif ini, Kotex® berharap dapat menggalakkan golongan wanita muda di Malaysia melangkah ke depan dengan penuh keyakinan.
Mengulas tentang kerjasama ini, Katy Lee, Pengarah Urusan HOPE worldwide Malaysia berkata, “Kami teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan Kotex® Malaysia bagi kempen baharu-nya yang bertujuan membina keyakinan diri di kalangan golongan wanita muda. Kami yakin dapat memperkasakan kaum wanita melalui pelbagai platform yang merangkumi klinik bergerak percuma kami, pendidikan serta program-program belia dan sebagainya. Berbekalkan jaringan kami yang luas di tanah air, kami yakin dapat mendampingi golongan wanita muda yang kurang bernasib baik untuk memberi galakan serta inspirasi kepada mereka.”
Sehingga hari ini, 1193 janji telah diterima di laman sesawang kempen. Jumlah janji yang dikumpul di penghujung kempen ini mewakili jumlah tuala wanita Kotex® Overnight yang akan diderma menerusi HOPE worldwide Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan kempen “Pass The Protection”, sila layari laman sesawang https://www.kotex.com.my/passtheprotection atau laman Facebook Kotex® Malaysia, https://www.facebook.com/KotexMalaysia