Musim perayaan jelas akan tiba tidak lama lagi dengan suasana kemeriahan kian dirasai – pusat beli-belah dihias indah dengan kelipan lampu dan warna-warna menyerlah yang menggembirakan, di samping ramai sedang sibuk membersih rumah dan menyediakan pelbagai juadah istimewa bagi menyambut kehadiran tetamu dan insan tersayang. Pastinya anda memerlukan sajian enak yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga penuh khasiat bagi membolehkan anda mendepani cabaran fizikal semasa musim ini.
Ayam Brand sedia membantu anda terus bertenaga menerusi rangkaian produk sardin dan mackerel berkualiti tinggi dan versatil yang merupakan sumber protein terbaik dan pilihan sempurna pada musim perayaan ini. Ia merupakan penyelesaian yang mudah, berkhasiat dan enak bagi hidangan dan kudapan pra-perayaan dan semasa hari keraian nanti.
Menyediakan pelbagai sebab positif seperti kualiti dan kemudahan yang disediakan, nilai khasiat, versatil untuk pelbagai jenis masakan enak yang memenuhi selera, pastikan anda memasukkan Ayam Brand dalam senarai beli-belah atau bakul pembelian dalam talian anda sekarang. Rangkaian produk ikonik Ayam Brand ini tentunya mengangkat penampilan hidangan istimewa yang anda sediakan.
Memudahkan dan Kualiti
Selama 132 tahun tin produk sardin dan mackerel Ayam Brand yang berwarna ikonik merah dan kuning menyediakan sumber protein berkualiti tinggi dengan mudah dan segera. Ia adalah pilihan ideal bagi mereka yang sibuk serta mempunyai masa yang terhad, selain ketika musim perayaan. Puncak kesenangan yang disediakan Ayam Brand adalah dengan hanya perlu menarik tab pada tin dan ia terus tersedia untuk makan!
Untuk menyedapkan lagi hidangan, anda boleh menambah pelbagai ramuan lain dan ia boleh dijadikan inti sandwic, capati dan warp. Lebih daripada itu, anda boleh mengolahnya dengan menambahkan herba dan rempah pilihan untuk dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi mahupun sebagai kuah pasta atau dicicah bersama roti.
Kecemerlangan Nutrisi
Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand kaya dengan protein dan kalsium serta 7x lebih tinggi kandungan asid lemak Omega-3 berbanding sardin[1] dan mackerel yang ditangkap segar di perairan tempatan dan dimasak di rumah! Golongan dewasa dan kanak-kanak seharusnya memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu untuk mendapatkan kelebihan Omega-3 demi meningkatkan tahap kesihatan[2] mereka memandangkan tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 yang diperlukan untuk kekal sihat[3]. Ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna adalah kaya dengan Omega-3. Untuk lebih mudah, buka sahaja satu tin Sardin atau Mackerel Ayam Brand untuk suntikan mingguan ikan berlemak yang berkhasiat dan enak.
Versatil dan Enak
Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand menyediakan peluang untuk anda mencuba banyak pilihan masakan tempatan dan antarabangsa dengan mudah. Antaranya adalah hidangan ‘wajib’ ketika berkelah yang terdiri daripada sandwic atau roti sardin serta sos pasta mackerel, karipap kari dan bermacam-macam lagi. Bersama resipi-resipi kreatif, sardin dan mackerel Ayam Brand sesuai sebagai ramuan pelbagai sajian yang bersesuaian dengan cita rasa dan amalan pemakanan tempatan.
Sentuhan Bergaya pada Musim Perayaan
Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai masa semasa musim perayaan ini. Dapatkan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand untuk menyediakan hidangan menakjubkan seperti kari mackerel ala Indian, sardine shepherd’s pie dan pâté mackerel sebagai hidangan pembuka selera. cepat disediakan, lazat, berkhasiat dan bergaya!
Nikmati manfaat daripada resipi-resipi khas dan istimewa yang menggunakan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand bersama pelbagai produk Ayam Brand lain pada musim perayaan. Ia mudah, berkualiti, mengandungi nutrient seperti protein, kalsium dan Omega-3 serta memberikan sentuhan luar biasa yang enak pada hidangan anda!
Kari Mackerel bersama nanas
Kari yang menyelerakan ini pastinya akan mengingatkan anda akan masakan Nyonya kerana ia menggunakan nanas. Walaupun namanya mungkin memberikan gambaran bahawa ia satu resipi yang kompleks tetapi pada hakikatnya, ia amat mudah untuk disediakan.
Anda hanya perlu memanaskan 1 sudu besar minyak sayuran dalam sebuah pan di atas api sederhana. Kemudian, masukkan bawang yang telah dipotong dan bawang putih yang dicincang halus, masak sehingga ia lembut. Tambahkan satu pek Pes Kari Ikan Ayam Brand dan satu sudu kecil serbuk kunyit, masak selama kira-kira seminit sebelum memasukkan satu tin Ketulan Nanas Ayam Brand (425g) dan biarkan selama 2 minit. Tuangkan satu pek Santan Kelapa Ayam Brand 200ml dan masak sehingga mendidih. Buka satu tin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand (425g) dan masukkan sardin serta sos tomato tersebut secara perlahan-lahan ke dalam kuah yang sedang dimasak. Biarkan ia mendidih selama 5 minit. Masukkan garam secukup rasa dan hias dengan taburan daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi panas atau roti.
Pasta Bake Sardin & Tomato
Pasta, sardin dan keju adalah teras sajian fusion yang menzahirkan rasa enak dan tarikan seleranya.
Rebus pasta mengikut arahan pada pek sehingga al dente. Toskan pasta yang telah dimasak dan asingkan. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun dalam pan di atas api sederhana. Tumis bawang dan bawang putih sehingga lembut. Masukkan 200ml sos marinara dan satu sudu kecil daun selasih (basil) kering. Biarkan mendidih selama lima minit. Buka satu tin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand (425g), leraikan sardin tersebut sebelum memasukannya ke dalam sos. Gaul sehingga sebati.
Sediakan ketuhar pada suhu 180°C (350°F). Gabungkan pasta yang telah dimasak dan sos sardin. Pindahkannya ke dalam bekas membakar dan taburkan separuh cawan keju mozzarella bersama suku cawan keju Parmesan parut. Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas berwarna keemasan dan menggelegak. Hias dengan taburan daun selasih segar sebelum dihidangkan.
Karipap Kari Sardin
Karipap kari sardin adalah satu kuih kegemaran rakyat Malaysia dan amat mudah untuk disediakan. Ia pasti akan menambah kegembiraan hidangan perayaan anda nanti.
Dalam sebuah pan, panaskan satu sudu besar minyak sayuran dan tumis suku cawan bawang yang dicincang halus sehingga layu. Masukkan satu sudu besar serbuk kari dan setengah sudu kecil serbuk kunyit, masak selama seminit lagi. Masuk ubi yang telah dilenyek dan keseluruhan kandungan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand (425g). Gaul sekata dan masak selama beberapa minit. Tutup api dan masukkan daun ketumbar yang telah dipotong.
Sediakan kulit karipap dengah memotong paf pastri kepada segi empat tepat. Letakkan sedikit isi yang tersedia di bahagian tengah paf berkenaan. Lipat dan kelimkan sisi paf yang kini berbentuk segitiga. Berus bahagian atas paf dengan telur yang telah dipukul bagi mendapatkan kemasan keemas-emasan. Letakkan paf di atas bekas membakar dan masukkannya ke dalam ketuhar yang bersuhu 200°C (400°F) selama 15-20 minit atau sehingga karipap mengembung dan berwarna perang keemasan. Nikmati karipap ini ketika ia panas sebagai snek mahupun hidangan pembuka selera.
Produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas daripada kedai-kedai berhampiran kegemaran anda, Aeon, Aeon Big, Econsave, Giant, pasar raya Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotus, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers, Family Store atau mengunjungi gedung dalam talian Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.
[1] https://www.myfoodresearch.com/uploads/8/4/8/5/84855864/_38__fr-2021-050_muhammad_ezzudin_2.pdf
[2] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/
[3] https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids