(SEMASA) Kuromi Kini 20 Tahun! Temui Kuromi Buat Kali Pertama di Malaysia di Central i-City

Spread the love

SHAH ALAM: Watak kesayangan Sanrio , Kuromi , kini bersedia menawan hati para peminat Malaysia! Sempena ulang tahun ke-20 karakter kesayangan ramai itu, Central i-City akan berubah wajah menjadi “Kuromi Wonderland” terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.

Dianjurkan oleh Central i-City dan One Universal Production Sdn Bhd, acara mercu tanda ini mencatat sejarah sebagai penganjuran pertama berskala besar bertemakan Kuromi di Malaysia, sekali gus menjadi sambutan rasmi hari lahir Kuromi yang julung kali diadakan di negara ini.

Sambutan selama 44 hari ini bermula November 29 hingga Januari 11, 2026, menjanjikan pengalaman penuh warna, keriangan dan pelbagai tarikan yang pasti menjadi lokasi tumpuan dan ‘hotspot’ bergambar hujung tahun.

Sesi Bersuai Kuromi Pertama di Malaysia

Selepas bertahun-tahun menjadi kegemaran ramai, Kuromi akhirnya akan membuat penampilan sulung di Malaysia!

Sesi meet & greet akan dibuka sepanjang tempoh sambutan, membolehkan peminat bergambar, berinteraksi dan bertemu Kuromi dengan lebih dekat.

Jika anda peminat Sanrio, atau baru sahaja kenal si watak comel-nakal ini jangan lepaskan peluang sekali-seumur-hidup ini.

Taman Permainan Inflatable Kuromi Terbesar di Dunia Menampilkan Kuromi Gergasi Setinggi 8 Meter

Tarikan utama di Central i-City ialah “Kuromi Inflatable Playland” yang diberi lesen rasmi dan merupakan yang terbesar pernah dibina di Malaysia.

Di ruang tengah Central i-City, sebuah patung Kuromi gergasi setinggi 8 meter menanti. Ia bukan hanya membuat kanak-kanak teruja, malah menjadi tempat terbaik untuk golongan dewasa bersantai, bergambar dan menangkap momen-momen comel.

Zon inflatable ini dipenuhi sudut fotografi bertema, membolehkan pengunjung merakam gambar seolah-olah dikelilingi Kuromi. Sama ada anda datang bersama pasangan, keluarga atau geng bestie pasti ada gambar cantik untuk dibawa pulang.

Kuromi Pop-Up Store Eksklusif – Koleksi Ulang Tahun ke-20

Parti hari jadi tidak akan lengkap tanpa cenderamata!

Sempena sambutan ini, Kuromi Pop-Up Store akan dibuka dengan pelbagai barangan edisi khas. Daripada bantal peluk, alat tulis, beg, aksesori hinggalah barangan peringatan ulang tahun ke-20, semuanya boleh didapati di sini.

Buat peminat tegar, ini masanya untuk “borong” banyak item hanya tersedia sepanjang promosi dan tidak akan diulang keluarkan.

Lebih Banyak Aktiviti: Permainan, Interaksi & Suasana Krismas

Selain taman bermain gergasi dan sesi bersuai, Kuromi Wonderland turut menawarkan zon aktiviti untuk semua peringkat usia termasuk permainan karnival, mesin tarian, spot bergambar dan ruang aktiviti interaktif.

Bersempena musim Krismas, pelbagai persembahan dan acara juga menanti para pengunjung seperti persembahan silap mata, nyanyian lagu-lagu Krismas, persembahan bakat, live band, pertunjukan badut belon, sesi bertemu Santa, pertandingan mewarna dan runway bakat untuk kanak-kanak.

Dari November 29 hingga Januari 11, pengunjung turut boleh menebus hadiah istimewa:

– Buku Nota Kuromi A5 dengan perbelanjaan RM300
– Beg Kanvas Kuromi dengan perbelanjaan RM700
– Baucar Tunai Nitori RM50 dengan perbelanjaan RM3,000

Kalau anda masih mencari destinasi hujung tahun, Central i-City ialah tempatnya penuh dengan keceriaan, kecomelan dan dunia Kuromi yang penuh karakter!

Maklumat Acara
Tema: Kuromi 20th Anniversary Celebration
Tarikh: November 29, 2025 – Januari 11, 2026
Lokasi: Ruang Tengah, Aras G, Central i-City

Ikuti Central i-City untuk maklumat terkini:
Facebook | Instagram | TikTok | Xiaohongshu


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *