KUALA LUMPUR 15 JANUARI 2025 – World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) meriahkan kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah dengan bufet istimewa bertemakan ‘Laman Tradisi’, yang akan berlangsung dari 7 hingga 28 Mac 2025, setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.
Setiap hidangan yang disajikan diutamakan dengan kualiti dan cita rasa yang unggul, dengan itu WTCKL dengan bangga mempersembahkan kehebatan pasukan kulinari kami, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, bagi menyajikan hidangan istimewa yang pastinya akan membuka selera untuk berbuka puasa di sini.
WTCKL menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi kampung dengan keunikan kepelbagaian citarasa Malaysia. Seleksi menu menampilkan ikan patin tempoyak; gulai udang; daging rendang minang; kambing goreng berempah; ketam masak kam heong; gulai kawah daging; lala & kerang masak sambal; kupang goreng lada hitam dan sotong sambal petai.
Selain itu, terdapat 16 gerai yang menghidangkan aneka juadah berbuka puasa merangkumi aneka sup berempah, aneka kerabu, kambing panggang, masakan western, rojak, apam balik, kudapan dan pelbagai jenis minuman. Tidak dilupakan hidangan paling popular kami yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu bubur lambuk istimewa WTCKL.
Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati menampilkan Nasi Kandar Saddam yang cukup popular di Kuala Lumpur. Ia menjadi sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan ayam goreng bawang dan daging masak hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan sayur pilihan. Selain itu, menu istimewa dengan Nasi Mandy dan Kunafa dari Restaurant Mandy Al Yemen.
Harga bufet Ramadan dengan promosi Early Bird akan dijual pada harga RM118 nett seorang, manakala harga asal bufet ramadan Laman Tradisi adalah RM148 nett seorang. Bagi Warga Emas dan Kanak-Kanak harga standard iaitu RM85 nett seorang. Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside, atau hubungi talian 03 2614 6701/6702 atau klik pada pautan berikut https://riverside.wtckl.com/.
Jika anda merancang untuk berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menawarkan pilihan pakej berbuka puasa korporat untuk dewan banquet. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system dan skrin LED. Harga bermula RM158 nett dengan minimum 200 pax.
Paling istimewa, WTCKL menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan selesa di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta Imam yang mengetuai solat Jemaah bagi waktu Maghrib, Isyak dan Tarawih. Sebagai kemudahan tambahan, caj tempat letak kereta semasa bulan Ramadan dikenakan pada kadar rata RM5 nett untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
Raikan Ramadan Lestari Bersama WTCKL
Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih lestari dengan ‘Tiffin Carrier’ WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala saiz besar berdimensi 16cm pada harga RM79. Setiap tahun WTCKL turut mempunyai edisi terhad yang juga bersaiz 12cm pada harga RM69 sahaja.
Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan kami selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur. Terdapat tiga (3) pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.
Buffet Ramadhan Laman Tradisi 2025
Beli 10 Percuma 1 –Bufet Ramadan
Harga jualan RM1,180.00
Harga biasa RM1,480.00
Early Bird Baucher – Bufet Ramadan
Harga jualan RM118.00
Harga biasaRM148.00
Dewasa – Bufet Ramadan
Harga biasa RM148.00
Warga Emas – Bufet Ramadan
Harga jualan RM85.00
Harga biasaRM148.00
Kanak-Kanak –Bufet Ramadan
Harga jualan RM85.00
Harga biasa RM148.00
Lokasi: Legar Putra @WTCKL
Tarikh: 7 Mac – 28 Mac 2025
Masa: 6 petang – 10 malam
Telefon: 03-2614 6701 atau 03-2614 6702
WhatsApp: 0192678960
Maklumat Tempahan:
✓ Pilih ‘Dine In’ dan pilih tarikh makan anda.
✓ Anda akan menerima nombor baucar anda melalui WhatsApp.
✓ Hubungi 24 jam lebih awal untuk mengesahkan tempahan anda.
✓ Tunjukkan nombor baucar
#LamanTradisiWTCKL #RamadanVibesWTCKL #RamadanBuffet2025