(SEMASA) LEGENDA TUNING, JENTERA IKONIK JEPUN, PENAMPILAN BAHARU TAS 2025 DAN TUNER TERBAIK MALAYSIA AKAN MENYAMBUT PEMINAT DI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2025

Spread the love

Kehadiran enam ikon legenda automotif Jepun, beberapa jentera binaan ikonik dari Jepun, barisan tuner terbaik Malaysia serta harga tiket harian serendah RM48 bakal menyambut para peminat sempena penganjuran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 yang akan berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Antara nama besar yang kembali ke Malaysia termasuklah lagenda Top Secret, Smokey Nagata (kunjungan ketiganya ke TASKL); pengasas dan pemilik Liberty Walk, Wataru Kato; pengasas RE Amemiya, Isami Amemiya; Takahiro Kataoka dari KUHL Racing dan Presiden J’S Racing, Hisaaki Murakami. Turut kembali selepas kunjungan sulungnya pada tahun 2024 ialah Hiroshi Tamura yang turut dikenali sebagai “bapa GT-R moden”.

Peminat juga boleh menantikan paparan eksklusif serta gerai barangan rasmi daripada Top Secret, Liberty Walk, KUHL Racing, J’S Racing dan Veilside.

Top Secret akan mempamerkan Top Secret VR32 Stealth Nissan GT-R – jentera yang digelar sebagai “GT-R terbaik di dunia” hasil gabungan casis BNR32 dengan enjin R35. Hasil ciptaan Smokey ini satu-satunya seumpamanya di dunia, dikuasakan oleh enjin 3.8L R35 dan menghasilkan kuasa 1,072hp.

Liberty Walk pula akan menampilkan dua jentera sensasi – Ferrari F40 yang terkenal di seluruh dunia dan Super Silhouette ER34. Ferrari F40 tersebut pernah menjadi kontroversi kerana modifikasi ekstrem termasuk wide body dan sistem suspensi yang diubah, sehingga dikhabarkan telah dikeluarkan daripada senarai rasmi Ferrari.

Manakala Super Silhouette ER34 merupakan model ikonik yang diperkenalkan pada Tokyo Auto Salon 2020 dan diinspirasikan daripada KDR30 Skyline yang dipandu oleh Masahiro Hasemi dalam siri perlumbaan Super Silhouette Formula 1982 dan 1983, lengkap dengan livery merah hitam ala model diecast Tomica.

Tumpuan turut diberikan kepada CREWCH Delusion GT-R R356C – konsep GT-R generasi baharu yang diperkenalkan di TAS 2025 dengan rekaan semula keseluruhan berinspirasikan supercar.

Bagi peminat rotary, RE Amemiya MATSUKIYO KIZAMI 3ROTAR NA-7 akan dipamerkan. Ia menggunakan enjin RE20B 1,962cc berkuasa 435hp, dengan binaan badan sepenuhnya baharu kecuali bumbung asal daripada model FD RX-7.

Turut membuat kemunculan ialah ALESS Century Complete WL, jentera sedan mewah Jepun dengan enjin 4,960cc berkuasa 518hp, dipertingkatkan dengan kit aero 4 bahagian ROZEL dan sistem suspensi udara.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies, Jason Yap berkata:
“Salah satu cabaran utama setiap tahun adalah pemilihan jentera khas dari Jepun. Banyak jentera hebat tersedia, namun kekangan ketersediaan kerana ia turut menjelajah ke pelbagai pertunjukan automotif dunia.”

TASKL25 dilesenkan dan diinspirasikan secara langsung daripada Tokyo Auto Salon Jepun, dianjurkan oleh Element X Strategies sebagai Pemegang Lesen Rasmi Tunggal dengan kerjasama San Ei Corporation dan Tokyo Auto Salon Association. Lebih 90,000 pengunjung telah direkodkan sepanjang dua penganjuran terdahulu pada 2023 dan 2024.

Berkenaan harga tiket yang lebih rendah, Yap menambah:
“Minat orang ramai sangat luar biasa sejak dua tahun lalu. Namun kami mahu menjadikan pameran ini lebih mudah diakses oleh peminat kereta, keluarga dan orang ramai untuk menikmati acara tuning dan prestasi paling menarik di negara ini.”

“TASKL kini mendapat tempat dalam kalangan tuner Jepun. Tidak hairanlah mengapa tokoh seperti Smokey Nagata dan Hiroshi Tamura terus kembali ke Malaysia – mereka turut kagum dan teruja dengan dunia tuning di sini.”

Malaysia’s Finest Tuners (MFT) akan diperkenalkan tahun ini – satu zon khas yang menghimpunkan tuner terbaik Malaysia. Inisiatif ini bertujuan menghubungkan komuniti tuning Malaysia dan Jepun serta membuka peluang kerjasama dua hala.

TASKL25 juga akan dimeriahkan dengan:

  • Pertandingan auto styling yang dinilai oleh panel tuner Jepun,

  • Perhimpunan kelab kereta,

  • Zon paparan koleksi kereta langka tempatan,

  • Pelancaran model diecast Toyota Supra MK4 Chase dan Super Chase yang terhad,

  • Edisi tahunan Matte Frost Yellow Toyota Supra MK4 berharga RM135.

Bersama The Model Car Show Malaysia (TMCS), peminat diecast boleh menikmati Mini TAS – zon jualan dan pameran khas model kereta berskala kecil.

Zon bertema turut disediakan seperti Sakura Street & Midnight Tokyo, persembahan pentas, Japan A Girls, perlumbaan ketahanan simulator dua jam oleh RaceRoom, pertandingan Car-Meets-Cosplay, sesi bertemu dengan pemandu lagenda dan Duta AUTOBACS Zen Low, demonstrasi seni secara langsung oleh Zameer Pentbrush dengan sokongan Castrol, serta cabutan bertuah berupa motosikal tajaan EXN Lubricants.

Buat pertama kalinya juga, TASKL25 akan bekerjasama dengan Persatuan Ekuestrian Malaysia dan LEXUS dalam penganjuran Piala Perdana Menteri CSI1 anjuran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 (Pusingan Kelayakan Sukan SEA, Pusingan Ke-4) yang akan berlangsung dari 25-27 Julai 2025 di Kelab Polo Kuala Lumpur.

Kerjasama ini mencerminkan gabungan antara ketepatan, kuasa dan keanggunan – nilai yang dikongsi antara dunia sukan ekuestrian dan gaya hidup automotif mewah.

Menjelang TASKL25, Malaysia GT-R Festival akan diadakan di Experience Gallery Gamuda Cove pada 2 Ogos, menampilkan:

  • Sesi bertemu & tandatangan bersama Tamura,

  • Sesi fotografi berkumpulan,

  • Pertandingan Best Tuning, Best Design dan Tamura’s Choice.

Yuran penyertaan RM399 termasuk:

  • T-shirt eksklusif GT-R Festival

  • Pelekat logo TASKL25 x GT-R edisi terhad

  • Pelekat Midnight Club yang diidamkan

  • Tiket masuk harian TASKL25 untuk dewasa

  • Harga istimewa untuk pembelian tiket tambahan TASKL25

  • Jemputan eksklusif ke Daikoku car gathering

  • Beg cenderamata

  • Sijil penyertaan

  • Makan tengah hari & minuman ringan

Pada hari yang sama, TASKL25 akan bekerjasama dengan FL5 Malaysia menganjurkan FL5 Type R Official Track Day & Mega Gathering di Litar Antarabangsa Sepang Petronas yang menampilkan time attack dan car parade.

Harga Tiket TASKL25 (2025):

  • RM48: Tiket dewasa harian

  • RM30: Tiket kanak-kanak (umur 6–12 tahun)

  • RM120: Kombo keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak)

  • RM120: Tiket dewasa untuk 3 hari

  • Diskaun 50%: Pemegang kad OKU & penjaga

  • Percuma: Kanak-kanak bawah 5 tahun

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, sila layari:
🌐 www.tokyoautosalonkl.com
📱 Facebook, Instagram & TikTok: Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *