Kuala Lumpur, 13 Mac 2016 – LEGO® Malaysia memperkenalkan hasil terulung-nya, LEGO® NEXO KNIGHTS™, sebuah legenda kerajaan zaman pertengahan berlatarbelakang dunia futuristik pada acara LEGO® NEXO KNIGHTS™ ACADEMY. Acara yang berlangsung di Mid Valley Megamall ini sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama yang menganjurkan acara ini.
Dalam sebuah kerajaan yang bernama Kingdom of Knighton, terdapat lima pahlawan muda perlu meningkatkan kekuatan mereka dengan perisai-perisai berkuasa untuk bertarung dengan si badut jahat yang bernama Jestro serta sekumpulan raksasa demi mengembalikan keamanan. Kini set LEGO yang telah diadaptasi dari lagenda hebat ini telah dicipta berserta siri kartun 20 episod dan aplikasi permainan digital yang mengujakan.
Ketika berucap sempena acara tersebut, Encik Dick Yoong, Pengurus Negara LEGO Malaysia berkata, “Perubahan teknologi yang pesat telah mempengaruhi cara bermain generasi muda hari ini. Oleh itu, kami telah menghasilkan LEGO® NEXO KNIGHTS™ bagi membolehkan para peminat LEGO dari segenap lapisan masyarakat mengalami dunia Knighton yang menakjubkan sebagai pahlawan yang gagah berani, tidak kira di alam maya mahupun dunia realiti.”
“Kami di LEGO® sentiasa menerokai cara dan inovasi baru yang menarik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan – supaya ibu bapa dapat mencipta detik-detik menyeronokkan bersama anak-anak mereka. Kami yakin bahawa rangkaian produk pelbagai platform ini yang menggabungkan legenda moden dengan blok-blok binaan klasik LEGO dapat menjana imaginasi ibu bapa mahupun kanak-kanak, sekaligus menggalakkan mereka untuk belajar bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan,” tambah beliau.
Dunia Knighton yang Penuh Debar
Dikisahkan di Kingdom of Knighton yang futuristik dan berteknologi tinggi, plot cerita LEGO® NEXO KNIGHTS™ mengikuti lima pahlawan muda yang bertarung dengan si badut jahat bernama Jestro serta konco-nya, Book of Monsters dengan tentera Lava Monster mereka. Clay Moorington, seorang pahlawan yang berani, mengetuai watak-watak pahlawan lain, iaitu Lance Richmond, Aaron Fox, Macy Halbert dan Axl untuk berperang dengan musuh. Berbekalkan latihan di bawah Knights’ Academy serta Great Digital Wizard, Merlok 2.0, mereka berpadu tenaga menewaskan musuh mereka.
Gabungan Dunia Realiti dengan Alam Maya
Siri LEGO® NEXO KNIGHTS™ telah melepasi sempadan di antara dunia realiti dan alam maya. Para pemain boleh memilih daripada pelbagai senjata futuristik dan mengaktifkan kekuatan NEXO untuk bertarung dengan Lava Monster dan menjadi pahlawan yang sebenar.
Pahlawan-pahlawan yang baru dilantik mampu “memuat turun” sebanyak 170 kekuatan NEXO Knights yang diwakili oleh perisian – yang boleh didapati di seluruh dunia Knighton dalam bentuk fizikal mahupun digital, termasuk set binaan, iklan, buku, komik, dan juga siri kartun LEGO® NEXO KNIGHTS™, yang boleh dikumpul dengan menggunakan aplikasi LEGO NEXO KNIGHTS: MERLOK 2.0. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.
Selepas menambahkan kekuatan NEXO ke dalam koleksi digital mereka, para pemain mampu mencapai kepahlawanan yang sebenar dengan LEGO® NEXO KNIGHTS™ ACADEMY kerana mereka akan mempunyai akses kepada perisai-perisai eksklusif yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain. Selain itu, mereka akan mampu menerokai cara-cara baru untuk menewaskan Jestro bersama pahlawan-pahlawan lain di dunia Knighton, di mana keberanian dan imaginasi dapat mengatasi segala musibah.
Tempat Jualan dan Harga
Tujuh belas set binaan daripada koleksi LEGO® NEXO KNIGHTS™ yang menarik kini boleh didapati di Stor LEGO berdaftar di Malaysia, di The Curve in Mutiara Damansara, Bangsar Village, Empire Subang, IOI City Mall di Putrajaya, Setia City Mall dan Queensbay Mall di Pulau Pinang. Set-set binaan tersebut dijual di Toys “R” Us, Hamleys, AEON, Isetan, Parkson, Box of Bricks dan LEGOLAND Malaysia Resort pada harga antara RM 39 hingga RM 499.
Jom alami sendiri dunia Knighton yang mengujakan di Centre Court di Mid Valley Megamall bermula dari sekarang hingga 20 March. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari laman Facebook Mid Valley Megamall, https://www.facebook.com/mymidvalleymegamall. Untuk maklumat lanjut mengenai LEGO® NEXO KNIGHTS™, sila layari laman sesawang https://nexoknightsapac.lego.com/en-my/