Matlamat utama majlis ini diadakan adalah untuk memartabatkan kitab suci Al-Quran ditempat yang tertinggi selain memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat sijil Al-Quran & Tajwid pada tahap 4 di bawah bimbingan Ybhg Ustaz Dino Rizal B Suratman.
Pada kali ini, seramai 259 orang pelajar yang terdiri dari muslimin dan muslimat telah berjaya dan luJus dalam ujian bertulis bagi setiap tahap 1, 2, 3 dan 4 akan dianugerahkan sijil pengajian pada majlis graduasi AQT dan selepas itu mereka layak untuk menyambung pengajian ke tahap yang Iebih tinggi iaitu di peringkat Diploma. Selain itu dengan adanya majJis ini moga dapat menarik lebih ramai lagi urnat Islam terutamanya golongan muda untuk mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan disetiap masj id atau tempat pengajian, Dengan peningkatan bilangan pelajar dan sambutan yang menggalakkan untuk. mengikuti kelas ini, diharapkan ia akan memberlkan manfaat sepenuhnya kepada setiap lapisan masyarakat. Al-Quran adalah panduan hidup kita sepanjang hayat.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL HASAN KUALA LUMPUR
Telah ditubuhkan pada 3 September 2013 dengan misi utama membantu asnaf fakir miskin (keJuarga miskin, ibu tunggal, anak yatim dan OKU. Dengan dana terkumpul dari surnbangan pelajar pengajian Al Quran dan orang ramai dapat membela nasib anak-anak yatim dan golongan asnaf dengan memberikan pelbagai bentuk bantuan mengikut keutamaan iaitu Pendidikan, Persekolahan dan Bekalan Makanan secara percuma seperti berikut:
- Pendidikan yang sangat diperlukan oleh anak-anak seperti Kelas Tuisyen, Pengajian AI Quran & Tajwid, Kelas Iqra’ & Fardhu Ain.
- Pengisian kelas AI Quran dan Fardhu Ain bagi Ibu Tunggal dan Miskin turut dijalankan
- Kem-kem pendidikan dan kerohanian juga dianjurkan mengisi masa cuti persekolahan anak-anak asnaf di sekitar Pantai Dalam.
- Bantuan makanan seperti barangan makanan dan keperluan asas.
- Bantuan keperluan persekolahan setiap tahun disumbangkan seperti pakaian sekolah, beg, buku dan alat tulis.
- Bantuan bekalan susu bayi yang berumur di bawah 3 tahun
- Bantuan persiapan menyambut Ramadhan dan Syawal disumbangkan setiap tahun.
PENGASAS PERTUBUHAN
Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Ybhg. Ustaz Dino Rizal b. Suratman pada 3 September 2013. Dengan inisiatif mahu membantu golongan asnaf fakir miskin dan anak-anak di kawasan Pantai Dalam. Telah berumahtangga dan dikurniakan 4 cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai Kuala Lumpur dan graduan Universiti TeknoJogi Mara dan Institut Pengajian Ilmu-ilmu lslam (ABIM). Berpengalaman berkhidmat di Iabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Iabatan Agama Islam Wilayah (JA WI). Kini beliau seorang pendakwah bebas dan mengajar Ai Quran di masjid-masjid sekitar Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dan Islamic Learning Center, Kuala Lumpur.
ASNAF FAKIR MISKIN ( KELUARGA MISKIN, ANAK YATIM, IBU TUNGGAL & OKU )
Golongan asnaf yang diberi perhatian untuk mendapat sumbangan adalah terdiri dari keluarga miskin, anak yatim, ibu tunggal dan golongan OKU. Majoriti penerima bantuan adalah asnaf di sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Penerima bantuan tidak: terhad di Kuala Lumpur sahaja malah Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan turul memanjangkan bantuan dengan membuat Misi Ziarah Asnaf ke Kelantan, Selangor, Perak, Kedah, T erengganu dan Pahang. Perancangan misi ziarah asnaf ini akan diperluaskan ke seluruh Malaysia mengikut keutamaan serta ke luar negara seperti Thailand dan Indonesia.
Pemilihan asnaf dilakukan dengan meneliti maklumat latarbelakang keluarga serta lawatan ke rumah asnaf. Pemilihan ini dilaksanakan oleh Ustaz Dino Rizal sendiri serta dibantu oleh AJ K Baitul Hasan dan sukarelawan.