(SEMASA) MAJLIS IFTAR BERSAMA BINTANG & MAJLIS SUMBANGAN ANJURAN YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA SEMPENA MENYAMBUT AIDIL FITRI

Spread the love

DSC_0991

Yayasan Artis 1Malaysia amat sinomim dengan pemberian sumbangan dalam bentuk kewangan kepada artis-artis tanahair tidak mengira bangsa terutamanya kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas. wanmaimunah

Setiap hari perayaan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) menyumbangkan sebanyak RM2,000.00 seorang kepada artis-artis yang telah banyak menyumbangkan jasa mereka kepada tanahair. Pada majlis sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri kali ini, sebanyak RM82,000.00 bakal disumbangkan oleh YA1M kepada 41 orang artis yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Ini akan dapat menolong meringankan beban untuk menyambut perayaan yang bakal menjelma.

YA1M akan memberikan sumbangan kepada artis yang telah mencecah usia 60 tahun sekali seumur hidup dan juga yang memerlukan bantuan kewangan untuk perubatan. Sumbangan ini merupakan salah satu agenda dan misi YA1M yang dipegang sepanjang penubuhannya. Misi dan Objektif yang ingin dicapai adalah menjaga kebajikan dan memberikan pembelaan kepada seluruh artis tempatan yang merangkumi penyanyi, pemuzik dan pelakon.

Baru-baru ini juga, YA1M telah mendapat kelulusan bagi pengecualian cukai bagi subseksyen 44 (6B) Akta Cukai Pendapatan 1967) di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan nombor rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7502. Setiap derma yang diterima bagi tujuan amal akan dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah sub perenggan 13 (1) (a) Jadual 6ACP 1967 mulai 1.1.2013 hingga 13.12.2017.

Pada tahun ini YA1M juga telah mengatur beberapa program kesenian untuk tahun 2015. Program-program ini akan dapat membantu serba sedikit artis-artis lama dan baru untuk mempergiatkan seni tanahair. YA1M mengambil initiatif ini untuk mengetengahkan artis-artis yang telah dilupakan.

Program yang akan diadakan adalah “Sebutir Bintang di Taman Seni” di mana YA1M ingin memberikan peluang kepada artis-artis lama untuk terus aktif dalam berkarya dan juga mengenang kembali pelbagai pengalaman yang suatu ketika dahulu pernah mengharumkan nama industri hiburan tempatan.

Selain daripada itu, YA1M juga berhasrat untuk mengumpul dana dari hasil sumbangan dan juga penjualan tiket dari program-program untuk disalurkan kepada artis-artis yang memerlukan. Konsert “Tribute to Living Legend – Tan Sri SM Salim” kerjasama di antara YA1M dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan dijadualkan pada 17hb. October, 2015. Muzik Festival YA1M yang dijadualkan pada 25-30hb November, 2015 yang akan berlangsung di Lanai, Matic yang akan membariskan pelbagai acara khas untuk artis-artis tanahair tidak mengira usia. Penjualan booth kepada syarikat-syarikat yang berkaitan mengenai muzik dibuka untuk tempahan mulai dari sekarang. 3hb Oktober adalah tarikh bagi tahun kedua Kejohanan Badminton Piala YA1M di antara Artis dan Media.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *