(SEMASA) MARRYBROWN MEMENANGI ANUGERAH FRANCAIS IKONIK DI ANUGERAH FRANCAIS MALAYSIA 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 JUN 2024 – Marrybrown®️ selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar, telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Iconic Franchise Award di majlis yang berprestij, Malaysia Franchise Awards 2024 baru-baru ini. Selain itu, Marrybrown®️ juga telah menerima anugerah Single-Unit Franchisee Of The Year dan Multi-Unit Franchisee Of The Year. Kejayaan ini membuktikan komitmen Marrybrown®️ terhadap kecemerlangan dan pengaruhnya yang besar terhadap landskap francais tempatan dan global.

Dianjurkan oleh Malaysian Franchise Association (MFA), Anugerah Francais Malaysia bertujuan untuk meraikan para pengendali francais yang terhebat di Malaysia. Pemenang untuk anugerah ini dinilai berdasarkan kriteria yang komprehensif, termasuk keberkesanan sistem francais, perkembangan dan prestasi jualan tahunan.

Dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam industri ini, Marrybrown®️  jelas menetapkan standard cemerlang dalam kualiti, inovasi, dan inisiatif sokongan dalam industri QSR. Pengiktirafan sebagai pemenang Iconic Franchise Award  ini membuktikan dedikasi Marrybrown®️  dalam menyampaikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan dan pemegang francaisnya.

“Kami amat berbangga dengan penghormatan  penganugerahan Francais Ikonik ini. Ia telah membuktikan komited pasukan kami dan para pengendali francais MB dalam memberi yang terbaik khas buat pelanggan setia kami. Sebagai jenama tempatan, kami sentiasa berusaha untuk membawa ‘sesuatu yang berbeza’ kepada penggemar MB dan pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus berdaya saing dalam industri QSR.” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®️.

Perkembangan dan kecemerlangan Marrybrown®️  dalam industri QSR telah mencatatkan banyak kejayaan yang bermakna, termasuk peranan Marrybrown®️  sebagai pengendali kafe rasmi untuk Malaysia Pavilion di Ekspo 2020 Dubai. Turut menerima anugerah Putra Aria Brand Awards dan Organization Islamic Cooperation (OIC) Halal Product Companies 2023, jenama tempatan ini juga sentiasa berinovasi untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan. Di samping itu, pelancaran Aplikasi MB dan pelaksanaan perkhidmatan pandu masuk dan pandu lalu yang bertujuan untuk memudahkan proses pembelian jelas menunjukkan komitmen Marrybrown®️  untuk terus berusaha demi memenuhi permintaan pelanggan yang berubah mengikut peredaran masa.

“Kami percaya bahawa kejayaan yang diraih ini adalah hasil daripada usaha kami bersama. Marrybrown®️  mencipta dan mempromosikan hidangan yang lazat dengan menerapkan citarasa tempatan ke seluruh dunia. Kami berharap para pengendali francais MB, pekerja, dan peminat Memang Best kami turut meraih kegembiraan hasil kemenangan anugerah ini. Kepercayaan dan sokongan mereka adalah asas kejayaan kami,” kata Daniel.

Sistem francais Marrybrown®️ yang sistematik telah memudahkan pertumbuhan dan pengembangannya. Dengan lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara, Marrybrown®️  telah meletakkan jenamanya sebagai pemain industri yang terhebat dalam pasaran QSR di peringkat global. Komitmen Marrybrown®️ untuk memberikan sokongan dan peluang yang luar biasa kepada rakan kongsi francais merupakan teras kejayaannya.

Sebagai rangkaian QSR halal yang terbesar di Malaysia, Marrybrown®️ tekad untuk terus menetapkan penanda aras dalam industri dan memberi inspirasi kepada usahawan masa hadapan dengan berkongsi kisah perjalanan mereka yang menunjukkan kepentingan daya tahan, inovasi, dan dedikasi untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Laman Web: https://marrybrown.com/

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *