PETALING JAYA, 2 JULAI – Golongan peminat filem di Petaling Jaya kini boleh menikmati pengalaman sinematik yang berbeza di MBO Cinemas berikutan dengan pelancaran cawangan terbaru syarikat tersebut di Atria Shopping Gallery, Damansara.
Sebagai salah satu pawagam yang terbesar di Petaling Jaya, pawagam ini menampilkan dua dewan konsep MBO yang digemari ramai, iaitu MBO KECIL dan Big Screen.
Barisan terbaru yang penting di MBO Atria Shopping Gallery juga memperkenalkan skrin Onyx Cinema LED yang pertama di MBO Cinemas hasil kerjasama syarikat tersebut bersama Samsung.
Pawagam Samsung Onyx di MBO Atria Shopping Gallery kini bakal menawan hati penonton dengan menyampaikan kandungan resolusi ultra-tajam di layar perak menerusi pancaran skrin LED yang futuristik.
Dewan Onyx juga memaparkan aspek teknologi canggih termasuk skrin resolusi 4K yang menyokong kandungan resolusi dinamik yang tinggi (High Dynamic Resolution atau lebih dikenali sebagai HDR), persembahan warna yang tepat serta imej yang bebas daripada distorsi.
Dewan pawagam ini juga mempersembahkan audio yang seumpama kehidupan nyata dengan menggunakan teknologi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang membolehkan penonton di setiap baris menikmati bunyi yang jelas dan seimbang.
“Budaya menonton filem di Malaysia semakin berkembang, dan demi meningkatkan kehadiran peminat ke pawagam, pengendali syarikat pawagam kini melakukan apa yang terbaik untuk memberikan pengalaman sinematik yang berbaloi kepada para penonton. Tahun ini, kerjasama kami bersama MBO Cinemas telah berkembang dan kami berharap untuk terus menerajui konsep pawagam tanpa projektor sebagai masa depan budaya tontonan wayang di Malaysia. Menerusi inovasi dan visi berterusan dari Samsung demi menyampaikan pengalaman tontonan wayang yang lebih mendalam, kami berhasrat untuk membawa teknologi pancaran peringkat yang terbaik untuk menghasilkan kualiti visual layar perak yang tinggi sekaligus memberikan sebuah pengalaman sinematik yang cukup imersif bagi semua penonton filem, “kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.
Majlis pelancaran MBO Cinemas yang dianjurkan di aras Concourse Atria Shopping Gallery telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBO, Lim Eng Hee.
Berucap di majlis tersebut, Eng Hee berkata, “Kami komited untuk memberikan penonton kami pengalaman yang berbeza apabila mereka melawat pawagam MBO Cinemas dan oleh itu, kami sentiasa berusaha keras untuk melengkapkan dewan pawagam kami dengan teknologi audio dan visual yang tercanggih.”
“Selain menampilkan dewan tontonan khas MBO seperti KECIL yang mesra untuk sekeluarga dan BIG SCREEN yang memaparkan antara skrin yang terbesar di Petaling Jaya, kami juga amat berbangga untuk bekerjasama dengan Samsung dalam memperkenalkan dewan Onyx Cinema LED yang pertama untuk MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery,” tambah Lim.
Dengan perasmian cawangan terbaru di Atria, MBO berharap dapat mempelbagaikan fungsi dewan konsep mereka dengan membuka minat kepada menyewa ruangan dewan pawagam mereka untuk acara dan majlis tertutup seperti majlis pelancaran media, aktiviti syarikat swasta dan sebagainya.
MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery mempunyai kapasiti penonton maksima sejumlah 1229 orang, menawarkan 8 skrin termasuk dewan-dewan khas seperti Big Screen, Onyx dan dua dewan MBO KECIL.
MBO juga telah memperluas penawaran konsesi di luar dewan pawagam menerusi pelancaran Cafecito, sebuah kafe moden yang menjual pelbagai minuman unik dan makanan ringan. Sebuah laman permainan kecil berhampiran kafe juga disediakan khas untuk kanak-kanak.
Promosi Khas: Tiket Wayang MBO X Samsung ‘Buy 1 Free 1’
Untuk masa yang terhad sahaja, semua pengguna aplikasi ‘Samsung Mobile App’ berpeluang untuk menikmati promosi khas Buy1Free1 apabila membeli tiket wayang untuk dewan Onyx di MBO Atria Shopping Gallery. Belilah tiket wayang ke dewan Onyx di kaunter tiket MBO Atria dan menunjukkan kod e-baucar di aplikasi Samsung Mobile anda di kaunter untuk menebus tiket yang kedua secara PERCUMA.