Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu yang menarik, diinspirasikan daripada DNA perlumbaan ikonik Honda yang dapat dilihat pada model CBR1000RR-R, CBR650R, dan CBR250RR. Kemaskini terbaharu ini menyerlahkan lagi gaya agresif motosikal ini sambil mengekalkan daya tarikan sporty yang menjadi identitinya.
Honda CBR150R kini hadir dengan warna Honda Tricolor, rekaan jalur yang menyerlah dan sebagai penghormatan kepada warisan sukan permotoran Honda, melambangkan semangat kelajuan dan persaingan. Bagi yang inginkan penampilan lebih berani dan tersendiri, pilihan warna Silver menawarkan gabungan reka bentuk badan yang anggun bersama warna-warna aksen yang garang, memberikan keseimbangan sempurna antara sofistikasi dan prestasi. Dengan pilihan warna yang dinamik ini, CBR150R terus mencerminkan komitmen Honda terhadap inovasi, gaya dan pengalaman tunggangan yang mendebarkan.
Ketersediaan & Harga
Honda CBR150R akan mula berada di semua pengedar IMPIAN X dan pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 19 Mac 2025, dengan harga cadangan atas jalan sebanyak RM 13,399.00 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Mengenai Honda CBR150R
Honda CBR150R adalah gabungan dinamik antara prestasi, keselamatan dan reka bentuk moden. Dikuasakan oleh enjin 150cc, penyejukan cecair, DOHC empat injap, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 12.0kW pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serta assist & slipper clutch untuk kawalan yang lancar dan responsif.
Dilengkapi dengan ABS dwi-saluran, suspensi hadapan jenis terbalik (inverted front suspension), brek cakera depan dan belakang serta Emergency Stop Signal (ESS), motosikal ini menawarkan kestabilan, kawalan dan keyakinan tunggangan yang lebih baik. Paparan meter digital penuh serta sistem lampu LED sepenuhnya menyerlahkan lagi gaya sporty sambil memastikan tahap pencahayaan yang optimum.
Tangki bahan api berkapasiti 12 liter dengan rekaan garisan aerodinamik yang tajam meningkatkan kedua-dua aspek estetika dan kebolehgerakan. Diperakui dengan penarafan 5-bintang MyMAP, CBR150R melambangkan komitmen Honda terhadap prestasi unggul dan inovasi.
Boon Siew Honda menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000km, yang mana lebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://boonsiewhonda.com.my/product/honda-cbr150r/ atau kunjungi Honda Impian X yang berdekatan. Pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-88-3993.