(SEMASA) Menerangkan Sesuatu yang Tidak Dapat Diungkapkan dengan  Coca-Cola® Zero Sugar

Spread the love

Kuala Lumpur, 23 Mei 2022 – Coca-Cola Zero Sugar melancarkan kempen global terbarunya #ZeroWords yang dianjurkan bagi mencabar dan memberikan inspirasi kepada para peminat daripada golongan sentinial, atau Generasi Z – golongan yang menggunakan media sosial sebagai sumber hiburan mereka – untuk menerangkan makna rasa Coca-Cola Zero® tanpa menggunakan sebarang perkataan, menerusi platform media sosial dengan menggunakan koleksi pelekat digital dan gif serba dinamik dan unik.

Rina Surya, Frontline Marketing Director, Coca-Cola berkata, “Kami gembira kerana dapat memperkenalkan rasa hebat Coca-Cola Zero Sugar kepada Generasi Z dan mengajak mereka untuk memberikan interpretasi sendiri tentang rasanya yang tidak dapat diungkapkan. Kami tidak sabar untuk melihat interpretasi visual kreatif yang disediakan oleh golongan muda ini di dalam kempen #ZeroWords yang terbaru ini.”

Di peringkat global, Coca-Cola telah menghimpunkan para pengkarya bukan verbal berinpirasi untuk memberikan interpretasi mereka tentang rasanya yang tidak dapat diungkapkan, tanpa menggunakan kata-kata, di dalam siri filem visual dinamik, yang akan dilancarkan di dalam platform sosial mereka.

Di Malaysia, Coca-Cola bekerjasama dengan pelbagai pencipta kandungan tempatan berbakat yang dapat menunjukkan kepada orang ramai bagaimana mereka meluahkan perasaan mereka tanpa menggunakan kata-kata setiap kali mereka menikmati kehebatan rasa Coca-Cola Zero Sugar. Jenama itu berharap untuk mengajak lebih ramai lagi pengguna untuk turut sama mencuba dan merasai keenakan minuman tanpa gula.

Melihat betapa ekspresif dan kreatif golongan sentinial ini, Coca-Cola melancarkan sebuah koleksi pelekat digital beranimasi dengan visual yang dinamik bagi membantu menghidupkan interpretasi keenakan rasa Coca-Cola Zero Sugar yang tidak dapat diungkapkan – yang terdiri daripada pelekat digital ledakan hati hinggalah kepada penari disko dan kesan ciuman. Pelbagai produk Coca-Cola Zero Sugar juga akan diberikan menerusi acara pemberian sampel produk percuma dan penganjuran cabaran sosial menyeronokkan yang menawarkan peluang untuk mencuba produk percuma.

“Apa yang penting ialah kami mahu orang ramai menikmati detik semasa mereka meminum minuman Coca-Cola Zero Sugar yang sejuk dan enak, dengan memberi tumpuan kepada bagaimana rasanya yang hebat itu dapat mempengaruhi perasaan mereka. Kadang kala, ia tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata,” jelas Rina.

Coca-Cola Zero Sugar boleh didapati di kedai-kedai serbaneka, pasar raya, dan saluran e-dagang. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kempen #ZeroWords Coca-Cola, ikuti tanda pagar tersebut atau kunjungi laman rasmi Coca-Cola di Facebook dan Instagram. ■


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *