(SEMASA) MILO® Membawakan Peraduan MILO® Hidup Bola dengan Ganjaran Bernilai Lebih RM550,000!

Spread the love

MILO® menyemarakkan lagi musim ‘demam’ bola sepak yang melanda seluruh tanah air dengan Peraduan MILO® Hidup Bola. Peraduan bertemakan bola sepak ini menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM550,000, termasuk Hadiah Utama yang merupakan sistem teater rumah serba lengkap termasuk Sony PlayStation 5 yang menjadi rebutan ramai.

Peraduan ini merupakan sebahagian daripada usaha MILO® untuk mencetuskan kegembiraan buat penggemar setia MILO® dengan ganjaran berganda sambil mereka kekal bertenaga dengan kebaikan MILO® ketika menyambut ketibaan musim bola sepak yang dinanti-nantikan.

“Kami ingin memberikan penghargaan serta ganjaran kepada pengguna setia kami atas kepercayaan dan sokongan padu mereka menerusi peraduan ini. Kami amat berbesar hati dengan sambutan hangat terhadap peraduan kami pada tahun lalu sempena ulang tahun ke-70 MILO® di Malaysia. Justeru, kami berazam untuk terus berkongsi keceriaan pada tahun ini. Lebih menariknya pada tahun ini, bukan sahaja terdapat lebih 1,000 hadiah untuk dimenangi, malah peraduan juga menawarkan hadiah harian. Kami berharap semoga lebih ramai lagi pelanggan kami akan memenangi hadiah setiap hari menerusi peraduan kali ini,” jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé Malaysia Berhad.

Bermula 1 Jun hingga 9 Ogos 2021, para pengguna di seluruh negara dialu-alukan untuk menyertai peraduan ini. Mereka hanya perlu membeli mana-mana produk MILO® terpilih dengan harga serendah RM10 dalam satu resit dan kemudian menghantar penyertaan mereka melalui WhatsApp. Seramai 700 rakyat Malaysia akan berpeluang memenangi Hadiah Harian, Hadiah Mingguan serta Hadiah Utama.

Hadiah Harian berupa jersi bola sepak MILO® x Pestle & Mortar edisi terhad menanti 10 pemenang bertuah setiap hari, manakala 30 pemenang bertuah masing-masing berpeluang memenangi Hadiah Mingguan wang tunai bernilai RM888 setiap minggu.

Seramai 18 pemenang bertuah akan membawa pulang Hadiah Utama, iaitu sistem teater rumah serba canggih bernilai lebih RM12,000 setiap satu. Setiap set terdiri daripada TV pintar 65 inci 4K Ultra HD (Android), satu komputer riba 15 inci (Intel i5 4GB RAM 1TB HDD), langganan jalur lebar gentian rumah 100Mbps selama 1 tahun, serta Playstation 5 (versi Bluray Disc) yang didatangkan dengan Alat Kawalan PlayStation 5 DualSense™ Tanpa Wayar dan Permainan Bola Sepak PS5 – ideal untuk mereka yang mengidamkan pengalaman hiburan rumah yang lebih memuaskan, lebih-lebih lagi sekarang sedang kita kekal berada di rumah dalam norma baharu ini.

Peraduan MILO® Hidup Bola menerima penyertaan semua pengguna MILO® berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah.

Semua produk MILO® merangkumi rangkaian Serbuk (Powder), Campuran (Mixes), dan Sedia Diminum (Ready-to-Drink) termasuk varian UHT, Cans dan PET adalah layak untuk peraduan ini. Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pusat beli-belah, pasar raya besar, kedai serbaneka, dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia yang menyediakan resit rasmi sebagai bukti pembelian.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah berikut: Beli produk MILO® bernilai sekurang-kurangnya RM10 dalam satu resit; tulis nama, nombor MyKad dan e-mel (jika ada) pada resit; dan hantarkan satu gambar resit yang jelas menerusi WhatsApp ke 018-388 6332.

Tiada had ke atas jumlah penyertaan yang boleh dikirimkan oleh seseorang pengguna. Oleh itu, jangan berlengah lagi, hantarkan sebanyak mungkin penyertaan untuk meningkatkan peluang anda bergelar juara Peraduan MILO® Hidup Bola!

Untuk terma dan syarat penuh, layari laman rasmi peraduan: https://www.milo.com.my/peraduan-milo-hidup-bola.

Peraduan MILO® Hidup Bola merupakan sebahagian daripada acara dan aktiviti menarik yang bakal menemui rakyat dalam usaha MILO® membawa kembali pelbagai inisiatif sukannya pada musim ini – namun dengan ciri kelainan! Dapatkan maklumat terkini di www.milo.com.my dan ikuti MILO® Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *