(SEMASA) MM Bistro Penang Nasi Kandar Perkenalkan Menu Rahmah

Spread the love

MM Bistro Penang Nasi Kandar telah membuka cawangan di Puncak Alam Selangor. Justeru itu, mengambil pendekatan inisiatif menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, pihak MM Bistro Penang juga turut memperkenalkan versi menu Rahmah mereka bertujuan untuk memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan pada harga yang berpatutan.

Bercakap kepada media, Pemilik MM Bistro, Datuk Wan Noor Rizal menerangkan tentang idea menu Rahmah ini sebagai satu usaha mendukung usaha kerajaan hari ini dengan menawarkan menu dibawah rm 6.00. Beliau juga ingin berkongsi rezeki kepada platform atau inisiatif yang tepat sekaligus kepada golongan sasaran yang tepat. Memandangkan juga lokasi restoran mereka yang terletak berhampiran dengan pusat pendidikan UiTM serta penduduk yang purata pendapatan pertengahan dan kebawah.

Ditanya mengenai ramuan nasi kandar dan menu di restoran, Datuk Wan Noor Rizal menambah teh tarik mereka mengunakan serbuk teh istimewa yang dicampur dan dibawa khas dari Penang. Nasi Dalca juga menjadi kelaianan yang bawakan di restoran MM Bistro Penang. Paling penting roti canai terbang MM Bistro Penang serta roti canai dari pelbagai negara dunia akan disajikan selain dari itu rempah ratus yang di guna juga adalah dibawa khas dari Penang. MM Bistro Penang juga mengekalkan konsep mamak Penang dan mempromosikan budaya restoran mamak muslim yang sebenar.

Bercakap mengenai perancangan masa depan, Datuk Wan Noor Rizal berkata beliau ingin menyasarkan 20 cawangan baru akan dibuka dalam tempoh 6 bulan kehadapan dan akan tertumpu di Lembah Klang terlebih dahulu serta kami juga akan menambahkan pilihan menu rahmah bagi memberi pilihan kepada pelangan kami.

#MMbistro786 #MMbistroPuncakAlam #MenuRahmah #MMbistroMenuRahmah #MalaysiaMadani


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *