(SEMASA) MODENAS Cipta Kejutan di Pavilion KL: Pop-Up Guerilla “Made of Stories” Raikan 30 Tahun Kehebatan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 November 2025 – MODENAS memilih cara luar biasa untuk meraikan ulang tahun ke-30 apabila jenama motosikal nasional itu muncul secara spontan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur hari ini.

Aktivasi pop-up yang dinamakan “Made of Stories” itu bukan sekadar pameran biasa sebaliknya ia tampil dengan persembahan jalanan, bunyi deruman enjin, serta paparan tiga model terkini yang menjadi kebanggaan MODENAS: Z15GT, ELIT 150S, dan Siri MEV-2.

Menariknya, acara guerilla ini dilakukan di Starhill (hadapan Pavilion)  lokasi ikonik yang menjadi tumpuan orang ramai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Dengan konsep “datang tanpa dijangka”, aktiviti ini berjaya menarik perhatian ramai pengunjung, penunggang motosikal, dan juga pelancong yang melalui kawasan berkenaan.

“Kami mahu meraikan perjalanan 30 tahun MODENAS bersama rakyat  bukan di dewan tertutup, tetapi di jalanan, tempat di mana kisah sebenar bermula,” jelas wakil MODENAS ketika ditemui. “Kempen Made of Stories ini membawa mesej bahawa setiap penunggang mempunyai cerita tersendiri yang menjadikan MODENAS sebahagian daripada hidup mereka.”

Z15GT, ELIT 150S dan MEV-2 Jadi Tumpuan

Di antara ramai yang berhenti menyaksikan aktivasi tersebut, tumpuan utama pastinya tertuju kepada tiga model terkini MODENAS yang dipamerkan:

  • Z15GT – Naked street bike serba agresif dengan gaya sporty dan prestasi lincah untuk kegunaan harian.
  • ELIT 150S – Skuter premium serba moden dengan gaya elegan dan keselesaan maksimum untuk tunggangan bandar.
  • Siri MEV-2 – Motosikal elektrik generasi baharu yang menandakan langkah MODENAS ke arah mobiliti hijau masa depan.

Setiap model memperlihatkan evolusi jenama yang semakin fokus kepada rekaan moden, inovasi teknologi, dan cita rasa penunggang masa kini.

Deruman Enjin, Suasana Hidup di Jalanan

Aktiviti ini diadakan sebanyak tiga sesi iaitu pada jam 12 tengah hari, 4 petang, dan 8 malam, menampilkan persembahan bertenaga, interaksi dengan penonton, dan juga pelbagai kejutan spontan.

Selain peluang menyaksikan model baharu dari jarak dekat, pengunjung turut berpeluang mendapatkan hadiah edisi terhad MODENAS, serta mengabadikan detik menarik untuk media sosial dengan tanda pagar rasmi #Z15GT #ELIT150S #MEV2 #MODENASMadeOfStories.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *