(SEMASA) “MOMEN BERSAMA MATLUTHFI”

Spread the love

IMG_9938

Puteh Press adalah syarikat penerbitan yang menghasilkan karya anak tempatan dalam pelbagai genre bersesuaian dengan perkembangan isu semasa termasuklah kritik sosial, politik, kemasyarakatan, motivasi dan apa sahaja pengisian yang membina masyarakat.IMG_9937

Menggunakan tema ‘Bermula dengan Apa yang Kita Ada’, Puteh Press membawa misi syarikat iaitu menerbitkan karya dengan cara kreatif dan tersendiri dan menerapkan visi bagi menghasilkan bahan penerbitan yang merentas budaya, agama, dan semua peringkat umur.

IMG_9929

Setiap karya yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengetengahkan pemikiran di
luar kotak di samping mempromosikan idea penulis menembusi minda tipikal masyarakat.

IMG_9933

Sejajar dengan penubuhan syarikat ini, Puteh Press buat kali kedua mengadakan acara dengan salah seorang penulis bestseller menerusi buku pertamanya; Catatan Matluthfi iaitu Matluthfi. Vlogger ini mencatatkan seramai 441,889 pengikut di Youtube sehingga November 2015 dan buku pertama beliau yang berada di pasaran sejak tahun lalu telah mencapai jualan sebanyak 125,599 naskhah.

IMG_9924

Berbeza dengan acara yang diadakan pada tahun lalu yang dihadiri lebih 3,000 peminat, kali ini penampilan khas oleh Matluthfi secara solo bagi memperkenalkan buku kedua beliau iaitu Moment2 Matluthfi. Selain itu, acara ini juga menjadi platform untuk peminat bertemu secara eksklusif dengan beliau. Suatu pertandingan turut diadakan bagi menghargai peminat dan pengikut setia beliau yang mengikuti perkembangan beliau menerusi laman media sosial dan Youtube.

IMG_9942

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan peserta perlu memberikan pendapat tentang Matluthfi dan pemenang akan dipilih sendiri oleh penulis yang turut memenangi Anugerah Shout Awards selama dua tahun berturut-turut ini. Pertandingan ini diadakan di laman sosial rasmi Puteh Press bermula 20 November hingga 12 Disember 2015 dan pemenang telah diumumkan ketika majlis pelancaran tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *