KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2025 – Jenama peralatan rumah pintar tempatan, Morse Electronics Sdn Bhd, telah melancarkan inovasi terbaharunya hasil kerjasama dengan Warner Bros. dalam satu majlis eksklusif yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini menandakan kemunculan rasmi dua produk gaya hidup edisi terhad yang menggabungkan fungsi dengan reka bentuk ikonik budaya pop:
- Superman Vacuum Herovac G5 – Pembersih vakum tanpa wayar berprestasi tinggi yang diinspirasikan daripada kekuatan dan gaya anggun adiwira DC, Man of Steel.
- Powerpuff Girls Hair Multi Styler H5 – Penggaya rambut pelbagai fungsi yang menggabungkan kuasa dan kepelbagaian, diinspirasikan daripada trio adiwira kesayangan ramai.
Majlis pelancaran ini menampilkan pameran produk penuh, demonstrasi secara langsung, zon pengalaman jenama, serta aktiviti bertema untuk para tetamu dan media. Para hadirin turut berpeluang mencuba produk secara langsung dan menerima goodie bag eksklusif bernilai sehingga RM1,500.
Kerjasama ini mencerminkan visi Morse untuk menggabungkan gaya hidup, teknologi dan reka bentuk. Superman Vacuum Herovac G5 menampilkan kuasa sedutan hebat serta reka bentuk minimalis yang elegan, manakala Powerpuff Girls H5 Styler menawarkan kepala yang boleh ditukar ganti, reka bentuk ergonomik, dan kemudahan penggunaan semuanya dalam satu peranti.
Mengenai Morse Electronics
Ditubuhkan pada tahun 2018, Morse Electronics ialah jenama berpengkalan di Malaysia yang komited dalam mereka bentuk peralatan rumah pintar bagi meningkatkan kualiti hidup harian. Dengan penekanan terhadap inovasi, kemampuan milik, dan gaya moden, Morse terus menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian rumah generasi baharu untuk pengguna masa kini.
Laman web: www.morse.my

