PULAU PINANG, 5 MAC 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan MOTO MORINI ALLTRHIKE 450, sebuah motosikal adventure pertengahan yang direka untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara versatiliti, kawalan serta keupayaan touring dalam satu pakej lengkap.
Ditawarkan pada harga RM28,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Earth Grey, Stone Black dan Brave White.
Dikuasakan oleh enjin 449 cc dua silinder, 8-injap DOHC, MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 menghasilkan kuasa maksimum 33 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 42 N.m pada 6,500 rpm, dengan nisbah mampatan 11.5:1.
Enjin ini menampilkan ukuran piston x lejang 72 × 55.2 mm dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama klac F.C.C. slipper, bagi memastikan pertukaran gear yang lancar serta kestabilan tunggangan yang lebih baik. Sistem penyejukan adalah jenis cecair dan menggunakan sistem penghidup elektrik dengan indikator LED, disokong oleh tangki bahan api berkapasiti 18.5 liter untuk jarak tunggangan lebih jauh.
Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan terbalik (inverted) KYB boleh laras sepenuhnya dan suspensi tunggal belakang KYB dengan pelarasan pra-beban serta redaman lantunan, memberikan keselesaan dan kawalan optimum di pelbagai permukaan jalan. Bahagian lengan ayun belakang (rear swingarm) diperbuat daripada aloi aluminium, meningkatkan ketahanan sambil mengekalkan kecekapan berat.
Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera terapung tunggal J.JUAN di hadapan dan cakera tunggal J.JUAN di belakang, dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran yang boleh dinyahaktifkan. Motosikal ini menggunakan rim jejari dengan tayar bersaiz 90/90-R21 di hadapan dan 140/70-R18 di belakang, memperkukuhkan keupayaan tunggangan off-road.
Dari segi dimensi, MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 berukuran 2,285 mm panjang, 855 mm lebar dan 1,350 mm tinggi, dengan jarak roda 1,525 mm, ketinggian tempat duduk 850 mm serta jarak kelegaan tanah 215 mm. Berat kering motosikal ini ialah
190 kg, menawarkan keseimbangan antara kestabilan dan kemudahan kawalan. Pemegang hendal dan lengan ayun turut menggunakan bahan aloi aluminium bagi meningkatkan ketahanan dan prestasi keseluruhan.
Dari aspek ciri-ciri, MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 dilengkapi dengan paparan TFT 6-inci, port pengecasan USB Type-A dan Type-C serta sistem kunci mekanikal. Ciri keselamatan dan kemudahan termasuk suis keselamatan tongkat sisi, serta sistem pencahayaan LED sepenuhnya merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu belakang dan lampu utama projektor bersama fungsi DRL.
Penunggang turut boleh memanfaatkan Traction Control System (TCS) yang boleh dinyahaktifkan serta mod khas ALLTRHIKE Mode yang menyahaktifkan kedua-dua ABS dan TCS untuk kawalan lebih optimum ketika tunggangan off-road. Motosikal ini menggunakan bateri 12V11.2Ah dan dilengkapi cermin hadapan boleh laras untuk perlindungan angin yang lebih baik.
Dari segi kesalinghubungan, ia menyokong integrasi aplikasi pihak ketiga melalui Carbit Ride serta sambungan Bluetooth bagi memastikan penunggang sentiasa berhubung sepanjang perjalanan. Untuk kepraktisan touring, MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 didatangkan dengan dua kotak sisi (34 L kiri, 30 L kanan) dan satu kotak atas 39 L, selain pelindung tangan dan palang pelindung enjin sebagai kelengkapan standard.
Dengan setiap pembelian MOTO MORINI ALLTRHIKE 450, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

