KUALA LUMPUR : 22 April 2013 – Kejayaan membawa lebih 400 peminat motorsikal berkuasa tinggi dari negara-negara ASEAN melalui festival “NagaWorld Bike Fest” buat kali pertama mencetuskan satu lagi inisiatif Kementerian Pelancongan Kemboja dan NagaWorld untuk menjadi tuan rumah “NagaWorld Bike Fest 2013” buat kali kedua , yang bakal berlangsung pada 9 – 12 Mei 2013 di Samdech Techo Hun Sen Park.
Edisi ke-2 festival motosikal terbesar ini telah menarik minat peminat motorsikal berkuasa tinggi di rantau ini seperti Thailand, Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia dan Vietnam termasuk penunggang motorsikal antarabangsa di seluruh dunia dari negara-negara lain. Festival ini mensasarkan kira-kira 500 penunggang tahun ini selaras dengan usaha mereka untuk menjadikan festival ini sebagai platform konvoi penunggang-penungang dari negara ASEAN bersama-sama menerusi program “Ride to Cambodia Kingdom of Wonder”.
Penunggang motorsikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson, BMW, KTM, Kawasaki, Honda, Suzuki, dan lain-lain akan menempuhi perjalanan dengan bantuan pihak keselamatan dan kerajaan negara –negara yang terbabit bermula dari sempadan Poipet melalui National Road No 5 ,Svay Sisophon, Battambang, Pursat, Kampong Chhnang, Preak Pnov sehingga sampai ke ibu kota Kemboja iaitu Phnom Penh.
Festival selama 4 hari ini dijangkakan akan menarik minat kira-kira lebih 50,000 penonton untuk menikmati pameran motorsikal , aksesori dan pakaian daripada jenama terkemuka seperti Harley-Davidson, Ducati, Yamaha, Suzuki, BMW dan Kawasaki. Hiburan pentas secara percuma juga turut disediakan termasuklah perlawanan tinju, pertunjukan konsert secara langsung oleh artis-artis terkenal Kemboja, kumpulan rock tempatan dan antarabangsa, pertandingan lain seperti pertandingan Queen Festival dan melibatkan penyertaan lebih 100 buah gerai pameran pelbagai produk dan perkhidmatan.
Festival ini merupakan cetusan dalam usaha untuk memperkenalkan hotel Nagaworld Kemboja yang bertaraf antarabangsa ini yang dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Dr Chen Lip Keong yang merupakan rakyat Malaysia kepada pelancong luar terutamanya kepada rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan hiburan terbaik di kawasan IndoChina.
Kepada yang berminat untuk menyertai festival ini , sila hubungi :
Ms Susie Ibrahim – +85515883318
Mr. Allan Mor – +85515882287
Mr. Epi – +85515881198
Atau email : bikefest@nagaworld.com