Kepada semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham. NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.
Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.
“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” kata April Wong, Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.
Penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam turut merangkumi NESCAFÉ® Tarik, NESCAFÉ® Tarik Kaw, NESCAFÉ® Kopi-O, NESCAFÉ® White Coffee dan NESCAFÉ® Ice. Edisi NESCAFÉ® Kopitiam kini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee.
Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja dengan NESCAFÉ Kopitiam!
#NescafeKopitiam
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe