Nestlé kini menawarkan lebih lagi pilihan yang mengujakan rakyat Malaysia dengan rangkaian minuman tanpa tenusu terbaharunya termasuk NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dalam pek UHT 1L yang mudah dinikmati di rumah. Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free yang diperkenalkan pada tahun lepas menampilkan kemunculan dua jenama ikonik Nestlé kegemaran rakyat, MILO dan NESCAFÉ, dalam versi tanpa tenusu yang disambut baik oleh pengguna.
Diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan, minuman Nestlé Dairy Free tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Komponen susu digantikan dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti badam, oat, kacang soya dan kacang pea, menjadikan rangkaian produk ini sesuai untuk dinikmati oleh semua pengguna termasuk mereka yang menghadapi intoleransi laktosa.
Minuman Nestlé Dairy Free adalah rendah lemak serta bebas kolesterol. Selain itu, ia turut memenuhi kriteria logo Pilihan Lebih Sihat yang bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori minuman kopi.
Pandangan pengguna terhadap diet berasaskan tumbuhan kini telah berubah. Tidak lagi dianggap sebagai produk mewah, pengguna kini menjadikan diet berasaskan tumbuhan norma gaya hidup yang seimbang dan pelbagai, malah selari dengan gerakan kelestarian alam. Permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya semasa pandemik, membuktikan lebih ramai rakyat Malaysia menginginkan kelainan dalam diet mereka serta meneroka cara baharu untuk menikmati makanan yang bukan sahaja baik untuk diri mereka malah alam sekitar.
“Kami melancarkan rangkaian minuman Nestlé Dairy Free tahun lepas bagi memenuhi permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan dengan sambutan yang menggalakkan. Kami berbesar hati kerana pengguna kami berpuas hati dengan keunikan rasa MILO dan NESCAFÉ dalam versi tanpa tenusu. Ini memacu usaha kami untuk mengembangkan lagi inovasi produk agar alternatif berasaskan tumbuhan lebih mudah diterima oleh pengguna kami,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Minuman Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Tambah beliau, “Badam merupakan antara tiga alternatif berasaskan tumbuhan yang paling popular. Justeru, kami teruja untuk membawakan NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dalam format pek UHT 1L agar pengguna dapat menikmatinya berulang kali di rumah serta berkongsi kebaikannya bersama keluarga dan orang tersayang.”
Melangkah setapak lagi ke hadapan, Nestlé berazam menjadikan rangkaian minuman Dairy Free mudah diperoleh pengguna dengan harga mampu milik. “Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free dihasilkan sepenuhnya di Malaysia. Dengan membawa masuk kepakaran penyelidikan dan pembangunan global kami ke Malaysia serta memanfaatkan kekuatan keupayaan pembuatan tempatan, kami berjaya menawarkan kebaikan produk berasaskan tumbuhan yang lazat kepada pengguna kami pada harga yang berpatutan,” ulasnya.
Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free kini terdapat dalam varian dan format berikut: MILO Dairy Free Badam (UHT 1L dan PET 225ml), NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte (UHT 1L dan PET 225ml) dan NESCAFÉ Dairy Free Oat Latte (PET 225ml).
NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte UHT 1L kini boleh didapati di Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON pada harga RM10.50 setiap satu. Pembelian atas talian boleh dibuat melalui Shopee atau Lazada.