(SEMASA) NIKMATI CITA RASA YANG MEMUKAU DENGAN KELAZATAN ”HONEY GARLIC SERIES” DI KYOCHON 1991.

Spread the love

10 NOVEMBER 2023, KUALA LUMPUR – Bersedia untuk memulakan pengembaraan kulinari yang tiada bandingannya seperti KyoChon 1991, perintis Ayam Goreng Korea, menawarkan hidangan baru yang tidak dapat ditandingi! Nikmati setiap gigitan yang rangup, di mana gabungan rasa manis dan rempah untuk mencipta rasa sensasi yang sukar dilupakan. Memperkenal “Honey Garlic Series” yang lazat dan mengiurkan, hidangan terbaru dari KyoChon 1991 yang akan membuatkan selera anda memuncak dengan penuh kegembiraan. Hidangan ini boleh didapati hanya untuk tempoh terhad sahaja

“Honey Garlic Series” mempunyai rasa bawang putih yang kuat daripada bawang putih segar yang dicincang, dilengkapi dengan kemanisan madu dan dicampurkan dengan sedikit kepedasan daripada cili padi. Tanpa ragu-ragu, ia adalah lambang impian gastronomi pencinta bawang putih yang dihidupkan. Hidangan “Honey Garlic Series,” boleh didapati dengan harga bermula RM 13.90 sahaja.

Selain itu, KyoChon 1991 turut menawarkan e-baucar “4 ketul ayam Honey Garlic Wingette & Drummete” secara percuma. Anda boleh menebus baucar tersebut di mana anda hanya perlu mengimbas kod QR pada pelekat di atas meja atau mana-mana siaran promosi media sosial apabila anda berbelanja dengan sekurang-kurangnya RM70 dalam satu resit. Tawaran ini boleh didapati di semua cawangan sama ada secara “dine in” atau bawa pulang.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang terhangat tahun ini di KyoChon 1991! Kunjungi lawan web KyoChon 1991 di https://kyochon.com.my/ untuk info selanjutnya.

Mengenai KyoChon 1991

KyoChon 1991 telah diiktiraf sebagai jenama Ayam Goreng Korea yang paling popular di Korea Selatan.

KyoChon 1991 telah diiktiraf sebagai jenama Ayam Goreng Korea yang paling popular di Korea Selatan. Sejak penubuhannya pada tahun 1991, jenama ini cukup sinonim dengan ayam goreng yang baru digoreng dan rangup disaluti dengan sos unik  daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet dan bahan tiruan. KyoChon 1991 telah membuka cawangan pertama di Malaysia pada 2013. KyoChon 1991 Malaysia telah menjadi rantaian makanan; ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM). Walaupun jenama telah memperkenal menu dan produk baharu, jenama itu tetap berpegang teguh pada janji penubuhannya:

  • Hanya menggunakan bahan-bahan yang terbaik
  • Menggalakkan dan menyokong gaya hidup sihat setiap pelanggan
  • Mementingkan kesempurnaan dalam setiap hidangan ayam goreng

KyoChon mempunyai lebih daripada 1,300 buah kedai di seluruh dunia: Korea Selatan, Malaysia, Amerika Syarikat, China, Indonesia, Thailand dan Arab Bersatu.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.kyochon.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *