(SEMASA) Nikmati Kegembiraan Menjamu Selera Hidangan Sihat dan Enak Sepanjang Hari Bersama Alce Nero Pada Musim Perayaan dan Cuti Sekolah Ini

Spread the love

Shah Alam, 31 Disember 2024 – Cuti sekolah telah tiba dan tidak lama lagi, kemeriahan musim perayaan pula akan diraikan. Ini bermakna, sebagai ibu bapa yang sentiasa hands-on, kita perlu mencari cara untuk memenuhi masa dan memastikan mereka kenyang sepanjang hari. Alce Nero, jenama makanan organik terkemuka dari Itali, mempunyai rangkaian produk, resipi mesra kanak-kanak yang sihat dan enak serta panduan atau tips bagi memenuhi selera anda dan si kecil. 

Bagi sesetengah ibu bapa, penyediaan hidangan organik yang lebih sihat untuk anak-anak dari sarapan sehingga makan malam adalah suatu yang menakutkan. Namun demikian, Alce Nero memudahkan usaha ini demi mewujudkan momen-momen indah bersama insan tersayang, seterusnya memulakan laluan pemakanan sihat bagi kanak-kanak.

Ini kerana Alce Nero telah dimulakan oleh pihak yang menghargai keluarga, petani organik dan pemproses yang komited sejak tahun 1978 untuk menghasilkan makanan terbaik daripada hasil agrikultur yang menghormati tanah dan kesuburannya. Selama lebih 40 tahun Alce Nero telah memilih penanaman secara organik dan mengambil berat tentang keseimbangan yang wujud di antara Bumi dan penghuninya dengan menghasilkan makanan yang direka demi kesejahteraan kedua-duanya.

Produk Alce Nero adalah lebih sihat kerana ia bermula daripada bahan mentah yang ditanam tanpa penggunaan bahan kimia sintetik, keupayaan agronomi berteknologi terkini serta teknik-teknik terbaharu yang melindungi dan mempertingkatkan ciri-ciri yang ada. Senarai ramuan juga sentiasa pendek dan memberi penekanan kepada elemen-elemen penting, di samping bebas daripada bahan awet dan tambahan.

Sebagai ibu bapa yang penyayang, marilah membuat keputusan yang lebih baik untuk anak-anak, diri dan Bumi dengan menambah produk organik dalam diet harian. Mudahkan peralihan dengan menambah pilihan organik dua hingga tiga kali seminggu sepanjang cuti persekolahan dan musim perayaan ini sebelum meningkatkan kekerapan sajian.

Mulakan diet yang lebih sihat dan mesra alam bersama produk organik Alce Nero™ termasuk pasta, sos pasta, cuka, minyak zaitun extra virgin, madu, jem dan sapuan. Kepelbagaian rangkaian produk ini pastinya akan meningkatkan kelazatan semulajadi, berkongsi kebaikan organik serta membuktikan manfaat kesihatannya dalam setiap hidangan.

Izinkan kami berkongsi beberapa tip untuk menambah kebaikan organik Alce Nero pada cuti sekolah dan musim perayaan ini, memaksimumkan keriangan dan peluang bagi si kecil anda untuk mempelajari dan merasai pengalaman menyediakan hidangan mereka bersama ibu atau ayah mereka!

Pump up the Jam ketika Sarapan

Jem Organik Campuran Beri Alce Nero (Alce Nero Organic Mixed Berries Jam) menggunakan pelbagai beri organik dari Itali. Ia disediakan tanpa tambahan pektin dengan warnanya yang semulajadi datang daripada buah-buahan yang digunakan. Memandangkan tiada kandungan pektin, tekstur jem ini lebih cair berbanding jem bukan organik biasa tetapi dengan rasa yang lebih menyerlah.

Benarkan si kecil untuk menyapu jem organik yang sihat dan lazat ini pada roti kegemaran mereka atau menambahnya ke dalam semangkuk oat panas mahupun yogurt bersama granola. Selain itu, tiada sempadan untuk menjadikan Jem Organik Campuran Beri Alce Nero ini sebagai sebahagian daripada penyediaan sajian pencuci mulut kegemaran anda.

Untuk meningkatkan lagi keriangan, pasangkan lagu-lagu tarian popular seperti Pump Up the Jam sambil menikmati Jem Organik Campuran Beri Alce Nero seperti Strawberi dan Pic!

Amore bersama Pasta Pada Tengah Hari dan Malam

Diperbuat daripada gandum durum, pasta Alce Nero™ kaya dengan asid folik, zat besi dan lutein serta kandungan protein dan serat yang tinggi, pada masa sama indeks glisemik rendah[1]. Ia menerima pensijilan organik, bebas pestisid dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

Kanak-kanak dan dewasa akan menggemari rasa dan penampilan rangkaian Tricolore Alce Nero yang mempunyai rasa semulajadi dengan warna oren kemerahan yang datang daripada tomato organik, hijau segar daripada bayam organik dan semulajadi daripada gandum durum. Pasta Tricolore Alce Nero boleh didapati dalam bentuk Spagetti, Fusilli berpintal dan Pasta Kanak-kanak yang comel.

Bagi hidangan pasta klasik, Spaghetti, Spaghettini (yang lebih nipis berbanding spagetti) dan Spaghetti Tricolore adalah sesuai, manakala Fusili atau Penne Alce Nero merupakan pilihan terbaik untuk salad pasta.

Bagi sajian pasta mudah dan segera bagi makan tengah hari dan malam untuk kanak-kanak, gandingkan pasta Alce Nero pilihan anda bersama Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Daun Selasih, Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Sayuran atau Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Bawang dan Daun Selasih. Lengkapkan hidangan bersama protein kegemaran si kecil dan sajian salad segar bersama Cuka Balsamic Alce Nero. Hidangan enak dan menggembirakan yang mudah!

Snek dan Kudapan!

Kanak-kanak dan juga golongan dewasa kerap menikmati snek pada pertengahan pagi atau tengah haro. Jadikan ia santapan yang lebih sihat dan organik bersama minuman Cuka Epal Alce Nero (Alce Nero Apple Cider Vinegar) dan Madu Bunga Liar Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Wildflower Honey). Bagi menambahkan lagi kesegaran, tambahkan kiub ais dan beberapa ranting daun rosemary. Kanak-kanak dan dewasa pasti akan menyukai minuman masam tetapi menyihatkan dan kelihatan mewah ini.

Selain itu, rakyat Malaysia tidak perlu was-was kerana produk Alce Nero™ telah menerima status Halal daripada badan-badan pensijilan yang diiktiraf JAKIM.

Ketersediaan

Produk Alce Nero™  turut boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value serta Ayam Brand Shopee Official Store (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore ) dan Ayam Brand Lazada Official Store.

Mengenai Alce Nero™

Alce Nero™ diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero™ menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan semangat asal Alce Nero™ iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik.

Kini, Alce Nero™ merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero™ telah melalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Di Malaysia, Alce Nero™ menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, sos pasta, jem dan madu. Untuk maklumat lanjut, layari www.alcenero.asia.

[1] https://bebodywise.com/blog/durum-wheat/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *