(SEMASA) NINETOLOGY MELANCARKAN CAWANGAN UTAMA TOUCH POINT DI PLAZA LOW YAT

Spread the love

IMG_9436

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia, syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara, Ninetology Malaysia dengan bangga mengumumkan pelancaran rasmi cawangan Touch Point utamanya di Plaza Low Yat. Cawangan utama Touch Point milik Ninetology ini menawarkan pengguna pengalaman titik pertemuan gaya hidup dan budaya hari ini serta peragaan produk dengan konsep yang unik.

IMG_9447

Pelancaran yang diadakan sempena Hari Merdeka ini memberi makna besar kepada kami sebagai pengeluar teknologi peranti mobile yang berjaya memasuki pasaran Asia Tenggara dalam masa kurang dua tahun. Kami amat menghargai usaha kerajaan dalam mewujudkan suasana yang aman untuk perniagaan di mana rakyat negara ini boleh menikmati pelbagai budaya dan cara hidup di Malaysia,” kata Eddy Tay, Ketua Saluran, Ninetology Malaysia. “Cawangan utama Touch Point kami meraikan bulan sambutan merdeka ini dengan menyediakan pelbagai jenis telefon pintar yang memenuhi kegemaran pengguna termasuk teknologi, fesyen, sukan dan sebagainya. Touch Point bukan sahaja tempat untuk memperagakan produk kami malah para pengguna boleh mempelajari cara menggunakan telefon pintar bagi meningkatkan gaya hidup serta apa yang mereka minati. Cawangan utama ini akan menjadi pusat latihan belia dan budaya bagi menyebarkan gaya hidup kota yang dibawakan oleh Ninetology,” menurut Tay lagi. “Telefon pintar kami bukan sekadar alat komunikasi, tetapi peranti yang meningkatkan kehadiran pengguna dalam dunia sosial, seterusnya membuka jalan kepada pelbagai peluang. Kami bakal membawa satu kejutan kepada semua pengguna android, tanpa mengira jenama telefon pintar mereka. Nantikan pengumuman kami tidak lama lagi!” Tay menambah. Menurut beliau lagi, syarikat telah memilih Plaza Low Yat untuk melancarkan cawangan utama Touch Point kerana tempat ini merupakan “Pusat Membeli-belah Gaya Hidup IT yang Terbesar di Malaysia”, dan lokasi ini sudah sekian lama dikenali sebagai pusat membeli-belah sehenti bagi produk elektronik dan IT.

Keupayaan kami mendapat ruang di bangunan ini membuktikan kekuatan dan potensi jenama kami. Syarikat peranti mobile yang lebih besar pun sukar untuk menyewa di sini. Kami akan membuka lapan buah cawangan utama Touch Point di Lembah Kelang pada tahun ini (jumlah sembilan buah) dan sembilan buah lagi di Malaysia pada tahun depan. Cawangan-cawangan ini adalah lebih besar untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” jelas Tay. Majlis memotong reben telah diadakan bagi menandakan pelancaran rasmi cawangan Touch Point yang pertama. Turut hadir di majlis pelancaran ialah pasukan pengurusan Ninetology Malaysia yang terdiri daripada Sean Ng (Ketua Pegawai Eksekutif), Marco Beh (Ketua Pegawai Operasi), Shian (Ketua Pengawai Kewangan), Vijian Chan (Ketua Pegawai Pemasaran), dan Eddy Tay (Ketua Saluran); Michael Lee (Pengurus Besar, Pengurusan Hartanah dan Operasi Plaza Low Yat), serta para selebriti termasuk Z-Chen, Iqwal Hafiz, dan Sasi the Don.

Cawangan utama Touch Point Ninetology dibuka dari 10pg hingga 10mlm setiap hari. Kunjungilah kami hari ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ninetology.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *