(SEMASA) Nu Year, Nu Store, Nu Twists! – Rollti Lancar Cawangan Flagship di Nu Sentral, Kuala Lumpur, Perkenal Amber Chia sebagai Duta Jenama

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2024 – Hari ini. Rollti, jenama lokal terkenal dengan tarikan inovatif Roti Canai, juadah tercinta rakyat Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi cawangan flagship terbaharu di Lot 39, Lower Ground floor of Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Sebagai cawangan flagship pertama jenama ini, acara bersejarah ini turut disambut sempena Tahun Baru Cina yang turut menampilkan tarian singa, upacara memberkati secara tradisional serta pemotongan riben bersama tetamu VIP, ahli berkepentingan serta rakan media dan orang awam.

Turut menghadiri pelancaran tersebut adalah duta jenama, selebriti terkenal, Amber Chia. Acara ini yang diadakan bersempena sambutan Tahun Baru Cina turut merangkumi gabungan tradisi dan moden yang cuba dibawakan oleh Rollti. Pelancaran cawangan baharu itu diikuti dengan promosi pelancaran Beli 1 Percuma 1, khas dari 6 hingga 29 Februari dan peluang memenangi hadiah daripada Wheel of Fortune dengan perbelanjaan minimum RM25.

Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Rollti, berkata, “Rollti bermula dengan visi untuk mencipta semula juadah Roti Canai, dan dengan sambutan yang menggalakkan di cawangan pertama kami di Starling Mall, Damansara, kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk mengambil langkah yang lebih berani untuk maju ke hadapan. Cawangan baharu kami di Nu Sentral bukan hanya bukti kejayaan kami tetapi juga komitmen untuk membawa pandangan unik kami tentang Roti Canai kepada khalayak yang lebih luas. Kami sangat teruja untuk mengembangkan jejak kami dan detik ini menandakan bukan sahaja pertumbuhan Rollti tetapi juga komitmen kami untuk mentakrifkan semula pengalaman Roti Canai untuk khalayak global.”

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada para pelanggan, “Kami berterima kasih kepada pelanggan kami yang telah mencuba Rollti. Sambutan yang menggalakkan telah menyemarakkan semangat kami untuk terus berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Kami yakin Rollti akan terus menjadi permulaan kebanggaan juadah Malaysia, citarasa yang menggembirakan dan mencipta pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan.”

Outlet pertama di Starling Mall, Damansara, telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan sejak pelancarannya, dengan lebih 30,000 bungkus disajikan kepada rakyat Malaysia sehingga kini. Pendekatan inovatif mereka terhadap kulinari termasuk sistem pembuatan roti canai automatik dan stesen minuman, telah menyumbang kepada kejayaan mereka, meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan Rollti dan cita-citanya untuk menjadi rangkaian makan kasual pantas terkemuka.

Amber Chia, duta jenama yang baru dilantik, turut menyertai pelancaran tersebut dengan sesi Bertemu Sapa untuk berinteraksi bersama peminat dan menyatakan keterujaannya menjadi sebahagian daripada keluarga Rollti.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bangga, saya berbesar hati untuk mewakili jenama yang bukan sahaja merangkumi warisan masakan kami yang kaya tetapi juga menampilkan sentuhan inovatif. Komitmen Rollti untuk menyajikan kualiti, keunikan dan sentuhan moden kepada Roti Canai klasik sememangnya patut dipuji.” kongsi Amber Chia.

Dengan perancangan untuk pembukaan lebih banyak lokasi yang telah dijadualkan, rakyat Malaysia pastinya boleh menantikan pelbagai kelainan menarik dan baharu daripada Rollti. Untuk maklumat lanjut tentang perancangan ini serta Rollti, lawati Laman Web Rasmi Rollti.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *