(SEMASA) OLICANDY LANCAR KEMPEN “I AM OLIwoman” & MELANTIK MIA AHMAD SEBAGAI WAJAH KEMPEN

Spread the love

06-Mia Ahmad, the FACE of I AM OLIwoman CampaignKUALA LUMPUR, JUN 2016 – VS Beauty Expert Sdn Bhd, salah satu syarikat kecantikan terkenal di Malaysia, baru-baru ini telah menlancarkan kempen I AM OLIwoman, bagi salah satu produk kecantikan utama mereka iaitu OLIcandy. Kempen I AM OLIwoman bertujuan untuk menjemput wanita-wanita daripada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat, untuk kekal cantik dan sihat dengan pengambilan tablet kunyah OLIcandy edisi premium yang telah dikeluarkan baru-baru ini; di samping menggalakan gaya hidup berfikiran positif dan menjaga kecantikan luaran dan dalaman.

03-Celebrity Mia Ahmad, Face of I AM OLIwoman Campaign with Puteri Zarith

I AM OLIwoman, yang merupakan kempen selama empat bulan berlangsung dari bulan Mei hingga September 2016 ini menyediakan landasan bagi OLIcandy dan syarikat untuk memberi fokus kepada tiga takrif-takrif utama:

  • Tablet kunyah OLIcandy edisi premium yang terbukti berkualiti dan keberkesanannya, dengan harga yang sangat berpatutan – sebagai penghargaan kepada semua pelanggan setia mereka;
  • Jemputan bagi wanita untuk menjalani kehidupan secara positif, dan mempercayai bahawa dengan menjadi cantik dan sihat, ia boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih kuat, yakin dan berazam untuk mencapai matlamat dan tujuan hidup mereka;
  • Kesan rangkaian daripada wanita-wanita kuat dan positif memberi inspirasi kepada mereka yang lain.

Usaha kempen ini akan digerakkan melalui komunikasi berterusan pelbagai saluran yang telah direka untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman OLIwoman tersebut. Kempen ini akan disokong melalui pelbagai media – penyiaran dan media cetak, dan juga akan memanfaatkan saluran digital sebagai platfom interaktif untuk berkongsi pendapat dan kisah kejayaan. Kemuncak kepada usaha kempen ini adalah perlantikan pelakon cantik dan ikon media sosial – MIA AHMAD sebagai Wajah kempen, yang juga pengguna dan penggemar OLIcandy.

“Kami sangat teruja dengan sambutan wanita-wanita di seluruh Malaysia yang telah merasai kebaikan dan keberkesanan tablet kunyah OLIcandy kami sejak produk ini diperkenaklan pada tahun 2014; dan kami amat seronok untuk memperkenalkan dan berkongsi kehebatan kempen I AM OLIwoman, bersama-sama dengan pengeluaran OLIcandy edisi premium kami,” ujar Puteri Intan Zarith, Pengasas & Pengarah Urusan VS Beauty Expert. Tambah Puteri, “Kami percaya bahawa dengan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi cantik dan sihat, kita boleh mencetuskan kesan viral tentang pemikiran positif. Dengan kempen I AM OLIwoman ini, OLIcandy mempelawa wanita-wanita untuk mendapat inspirasi dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang positif dalam diri mereka tanpa mengira umur, saiz dan latar belakang sosioekonomi mereka. Harapan kami adalah untuk wanita-wanita menjadi kuat dan mengenali potensi diri mereka, dan lebih berani merebut setiap peluang untuk mencapai potensi itu setiap hari.”

Mia Ahmad berkata bahawa dia begitu teruja dan bersyukur kerana dipilih sebagai Wajah kepada kempen, dan menjadi sebahagian daripada satu usaha murni yang penuh inspirasi tersebut.

“Sebagai seorang selebriti, saya percaya bahawa menjaga kesihatan bukan sahaja salah satu kunci yang paling penting dalam memastikan bahawa saya kekal bertenaga terutamanya ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang; malah ia adalah asas kepada aktiviti intelektual yang dinamik dan kreatif; dan penggalak kepada keyakinan dan kekuatan saya dalam menghadapi rutin harian saya yang sibuk. Memiliki makanan kesihatan tambahan seperti tablet kunyah OLIcandy ini adalah satu kelegaan buat diri saya kerana ia mudah untuk dimakan, kaya dengan bahan-bahan organik semulajadi, dan yang paling penting – dengan harga yang amat berpatutan.” “Selama empat bulan kempen ini berlangsung, saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan juga mendapat inspirasi melalui semua perkongsian positif daripada wanita-wanita di luar sana, melalui kempen media sosial dengan hashtag #OLIwoman; dan mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita mampu menggalakkan lebih ramai orang untuk melakukan perkara yang sama – iaitu mengamalkan cara hidup sihat, mencapai yang terbaik dalam hidup mereka, dan menjadi yang terbaik untuk diri mereka”, tambah Mia.

Mia Ahmad meningkat naik dalam kerjaya seninya apabila dia mendarat untuk peranan Yuhanis dalam drama “Hati Perempuan”, salah satu siri drama yang telah mencatat kedudukan carta penonton tertinggi pada tahun 2015. Dalam masa setahun pengenalan beliau ke arena seni, beliau telah menjadi salah seorang personaliti media sosial terkenal. Beliau juga merupakan ikon fesyen mewakili Muslimah moden dengan gaya kontemporari, meletakkan beliau dalam kelas tersendiri. Drama terkini beliau – “Mr Boss Ms Stalker” yang disiarkan setiap hujung minggu di TV3 kini ‘trending’ di seluruh dunia dan merupakan kandungan media sosial yang banyak diulangumum di Malaysia.

Puteri berkata bahawa beliau tidak dapat memikirkan personaliti lain yang lebih sesuai untuk menjadi Wajah kempen I AM OLIwoman selain daripada Mia Ahmad. Beliau adalah ikon kecantikan dan fesyen. Bakat serba boleh, personaliti, semangat, pemikiran dan gaya hidup positif Mia adalah apa yang OLIcandy ingin wujudkan dan berharap untuk capai dalam setiap wanita.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *