(SEMASA) OPPO F7 Membawa Gabungan Ciri-Ciri Tempatan dan Antarabangsa Bersama Duta Produk Neelofa dan Hebe Tien

Spread the love

Kuala Lumpur, [19 April] – OPPO, Pakar dan Peneraju Swafoto, hari ini melancarkan OPPO F7 terbaharu bagi merakam gambar anda yang sebenar. OPPO juga berbesar hati menamakan seorang bintang terkemuka Malaysia, Neelofa dan seorang penyanyi dan juga pelakon dari Taiwan, Hebe Tien sebagai duta produk.

Kedua-dua bintang terkenal ini dipilih mewakili F7 kerana mereka mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian yang tersendiri. Mereka juga sangat cantik serta berbakat dan telah memenangi pelbagai anugerah, yang menjadikan mereka bintang terkenal dalam industri hiburan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa; yang membuatkan mereka begitu sesuai sekali untuk mewakili OPPO F7.

“Saya teruja kerana telah dilantik oleh OPPO sebagai duta produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto, telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 akan membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru. Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan kecantikan yang lebih baik, saya kini dapat mengambil swafoto secara semulajadi dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama para peminat saya”, kata Neelofa.

Duta Produk OPPO F7–Neelofa

“Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 telah mempertingkatkan teknologi swafoto daripada pendahulunya dengan membolehkan penggunanya mengambil swafoto yang lebih baik dengan impak semulajadi. Di samping itu, cermin khas yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari dalam beg saya kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Saiz telefon 6.2 inci OPPO F7 ini senang untuk dipegang dan sesuai bagi kegunaan harian saya”, kata Hebe.

Duta Produk OPPO F7, Hebe Tien

Dengan perbezaan peminat yang pelbagai di antara dua bintang ini, OPPO bersedia untuk berkongsi ciri-ciri baru F7 yang sangat istimewa dengan mereka. Ketika mana swafoto diambil, amatlah penting untuk memastikan ianya dapat dilakukan dalam pelbagai cabaran persekitaran – F7 mampu mengambil gambar terbaik dalam apa jua keadaan cahaya.

Menurut William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, “Berurusan dengan Neelofa serta Hebe dan kemudiannya menjadikan mereka berdua sebagai duta produk adalah amat mudah, semudah mengambil swafoto menggunakan OPPO F7. Matlamat kami adalah untuk sentiasa memperbaiki teknologi sedia ada untuk membawa peminat kepada sesuatu yang baharu dan mengujakan, jadi dengan kehadiran duta-duta ini beserta dengan teknologi yang lebih baik, kami tidak sabar untuk menunggu saat di mana pengguna akan mencuba sendiri OPPO F7 kerana ianya pasti memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa.”

Antara ciri F7 ialah penggunaan teknologi AI yang dipertingkatkan untuk fotografi swafoto selain daripada banyak lagi ciri-ciri operasi AI yang berkuasa. Bersama-sama dengan Paparan Skrin Terluas dan perisian pelbagai fungsi yang dinaik-taraf, F7 menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

25MP X Real-Time HDR Sensor     

Kamera hadapan OPPO F7 beresolusi tinggi 25MP dengan sensor High Dynamic Range (HDR) masa-sebenar. Imej yang diambil dengan F7 akan mempunyai lebih banyak “maklumat” seperti tahap perincian, warna dan pencahayaan yang lebih tinggi apabila gambar diambil di bawah sinar matahari terang atau teduh, sama seperti imej yang diambil dengan menggunakan kamera digital berkualiti tinggi. Oleh itu, pengguna mempunyai lebih banyak kawalan – tidak kira sama ada foto diambil dalam persekitaran cahaya yang tinggi atau rendah. Imej HDR, bersama-sama dengan Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kesan kecantikan tanpa mengira umur dan jantina, yang akan memberikan peminat swafoto suatu pengalaman yang sangat mengujakan.

Teknologi AI Beauty 2.0 mempertingkatkan “Kepakaran Kecantikan Anda”

OPPO yang mempelopori pengenalan F5 yang dikuasakan dengan teknologi A.I. Beauty Recognition, yang menjadikan swafoto lebih nyata, semulajadi dan tersendiri. Kini, F7 akan mempunyai generasi kedua teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 yang mengangkat kedudukan fotografi swafoto lebih tinggi lagi. Kemajuan terbaharu termasuk keupayaan pengenalan wajah yang lebih tepat, kesan kecantikan yang lebih baik untuk pelbagai jantina dan umur; keupayaan pembelajaran sendiri berdasarkan pilihan oleh pengguna juga ditambah dengan pelbagai ciri-ciri yang menyeronokkan.

Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 mengimbas 296 titik pengenalan wajah, peningkatan 20% daripada teknologi generasi pertama, membolehkan keupayaan pengenalan wajah yang lebih jelas dan tepat. Kini, perbezaan umur, jantina, warna kulit dan jenis kulit seseorang – termasuk sehingga empat subjek individu – dapat dikesan dengan lebih terperinci.

Kami juga tahu setiap orang mempunyai kecantikannya yang tersendiri dan bersyukur kepada pembelajaran A.I., kini, swafoto anda akan menjadikan diri anda seperti yang anda ingini. Pembelajaran A.I. boleh mengenal pasti pilihan pengindahan diri anda, berdasarkan pengeditan yang selalunya dibuat kepada imej album foto, dan secara automatik dapat mencipta pelarasan yang hampir serupa kepada foto-foto yang baru. Jadi untuk kali yang  seterusnya anda mengambil swafoto, F7 akan tahu apa yang perlu dilakukan seperti yang anda mahukan, nada kulit yang sempurna, bentuk mata eksotik atau ciri wajah yang menyeronokkan.

Ciri-ciri baru juga dibangunkan di dalam F7 yang menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan. Vivid Mode memberikan pengguna pilihan untuk bermain dengan lebih banyak kombinasi warna daripada swafoto, seperti mempertingkatkan warna pakaian dan latar belakang. Swafoto akan menjadi lebih baik lagi, seolah-olah mengambil gambar kulit hadapan untuk sebuah majalah. Sementara fungsi Pelekat AR (Augmented Reality) membolehkan anda menambah pelbagai elemen kepada swafoto, seperti menambah ciri-ciri binatang comel atau bintang filem, yang tersedia untuk dikongsikan terus ke media sosial.

Super Full Screen 2.0 dengan Nisbah Aspek 19:9

F7 dilengkapi dengan resolusi 2280 x 1080 yang ditambah baik, Paparan Skrin Terluas 6.2 inci FHD+ memberikan pengalaman visual yang lebih berwarna, terang dan menyeronokkan. F7 juga merupakan salah satu telefon pintar pertama dengan nisbah aspek 19:9 yang disesuaikan, memberikan pengguna kesan yang lebih luas untuk permainan strategi yang popular. Ia mencapai prestasi visual yang luar biasa ini dengan memasukkan suatu ciri hebat iaitu pemaparan kamera hadapan, antena baharu dan sensor cahaya yang disusun kemas ke dalam skrin.

Fungsi ‘App-in-App’ pula membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk sambil  meneruskan permainan atau menonton filem. Skrin Penuh Pelbagai Tugas pada F7 adalah yang pertama dalam industri yang membolehkan pengguna menggunakan gerak isyarat untuk menavigasi antara aplikasi.

Rekaan Industri Baharu untuk menarik perhatian Pengguna Muda

Rekaan F7 menetapkan piawaian baru dalam kejuruteraan ketepatan dan bahan, dengan setiap butiran dipertimbangkan dengan teliti oleh pereka OPPO. Pengguna mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza sesuai dengan keperibadian masing-masing – Solar Red, Moonlight Silver, dan edisi khas Diamond Black.

Model 128GB edisi khas adalah berwarna Sunrise Red – menggunakan badan kaca unik yang berkilauan seperti batu permata, membiaskan warna yang berbeza dari setiap sudut pandangan pengguna.

Model 128GB edisi khas adalah berwarna Sunrise Red dan Diamond Black – ia mempunyai memori 128GB iaitu antara yang terbesar yang tidak pernah terdapat pada telefon OPPO.

Diilhamkan oleh batu permata, model F7 Diamond Black pula adalah simbol keanggunan dan kesempurnaan teknologi. Penjagaan yang teliti dan kemahiran artisanal seperti yang digunakan dalam pemotongan dan penggilapan berlian, ianya juga digunakan untuk setiap telefon. Pelbagai lapisan logam dan kaca penutup belakang mereplikasi sinar seumpama berlian dan pembiasan cahaya, dengan corak segi tiga berkilau yang berwarna cerah dan gelap apabila dilihat dari sudut yang berbeza. Dari hujung telefon ke pusatnya memiliki sinaran dan kilauan warna pelangi di mana reka bentuknya dan warnanya tidak pernah dilihat sebelum ini.

ColorOS 5.0 Terbaru dan Perkakasan Berkuasa

F7 berfungsi dengan menggunakan pemproses 64-bit 4GB Octa-core terbaharu yang menggunakan sistem operasi yang lebih terperinci. Berdasarkan Android 8.1, ColorOS 5.0 mempunyai A.I. yang dibina ke dalam perisian bagi pengurusan sistem yang lebih lancar.

Pengurusan kuasa ColorOS 5.0 A.I. mengagihkan kuasa pemprosesan dengan sewajarnya ke setiap aplikasi tertentu bagi memastikan telefon berfungsi dengan kelancaran yang terbaik. Oleh itu, F7 berfungsi 80 peratus lebih cepat daripada pendahulunya F5 apabila pelbagai aplikasi digunakan secara serentak. Di samping itu, ia juga menggunakan kuasa dengan sewajarnya untuk memanjangkan lagi jangka hayat harian penggunaan bateri. OPPO F7 boleh didapati dalam variasi warna Solar Red, Moonlight Silver dan Diamond Black.

OPPO F7, dengan harga jualan RM 1,399, menawarkan pra-pesanan dari tempoh 16 April hingga 20 April 2018. Pengguna yang membuat pesanan dalam tempoh ini akan diberikan hadiah percuma bernilai RM299. Pra-pesanan boleh dilakukan sama ada secara di OPPO Concept Stores dan OPPO 800 Authorised Sales Points di seluruh Malaysia atau secara laman web rasmi OPPO dan dari laman rakan kongsi e-dagang OPPO seperti Lazada, 11Street, Shopee dan lain-lain. Pengguna juga boleh memesannya di Celcom, Senheng dan SenQ sebagai alternatif. Di samping itu, siri jelajah jualan yang pertama akan berlangsung pada 21 April 2018 di Sunway Pyramid, KL. Model edisi khas dengan 128GB akan juga dipasarkan untuk memberikan peminat OPPO lebih banyak pilihan bagi memenuhi pelbagai keperluan mereka.

Maklumat lanjut, sila rujuk di bawah: –

OPPO Concept Store: https://www.oppo.com/my/shops/

Laman FB Rasmi OPPO: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *