(SEMASA) PAMERAN BPEX SATU RUMAH SATU KELUARGA BUMIPUTERA MALAYSIA 2022 8,000 UNIT KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTERA

Spread the love

Tujuan utama Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah sebanyak 30 hingga 60 peratus dan menggalakkan Bumiputera khususnya orang Melayu untuk memiliki hartanah mereka sendiri. Pameran ini juga adalah platfom untuk masyarakat merebut peluang untuk mendapatkan informasi dari pihak Kerajaan tentang progam pemilikan hartanah melalui skim-skim yang di sediakan untuk membantu mereka.

Kira-kira hampir 8,000 unit kediaman dan pejabat untuk kuota Bumiputera ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari harga RM200,000 ke atas. Program pemilikan kediaman BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia akan membawa pakej menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 bagi rumah pertama mereka, yang mana satu inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya akan memudahkan mereka memiliki kediaman di Lembah Klang. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) inisiatif dari Kementerian Kewangan bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah dengan harga rumah bermula RM200,000 hingga RM400, 000 seunit.

Selain itu, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas juga akan membantu mereka memiliki rumah dengan koloborasi bersama bank-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam dengan pembiayaan sebanyak 110 peratus tanpa perlu bayaran pendahuluan. Pilihan yang lain yang turut ditawarkan ialah Skim PRIMA konsep Sewa Beli (RTO) yang mana mereka dari golongan berpendapatan rendah berminat untuk menyewa dahulu dan membelinya kemudian, sekali gus berpeluang memiliki hartanah tersebut.

Golongan pelabur juga tidak ketinggalan melihat peluang pelaburan hartanah kerana ianya disertai oleh 55 pemaju yang mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 pemaju dari Kuala Lumpur bernilai RM 2 bilion dan 30 pemaju dari Selangor berjumlah RM 4 bilion. Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.

Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana majlis pembukaan pameran hari ini di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kami boleh dihubungi di talian 03-4142 3658 atau 03-4142 1151 untuk mendapat maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *