Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang memiliki rangkaian perniagaan restoran PAPPARICH telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama anak-anak anak yatim dan fakir miskin dari rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Seramai 30 kanak-kanak yang bertuah ini diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan restoran PAPPARICH cawangan The Gardens , Mid Valley Kuala Lumpur. Mereka dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa restoran PAPPARICH dan dihiburkan dengan persembahan silap mata serta pemberian duit raya dan cenderahati dari pihak PAPPARICH. Di majlis ini juga pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO mereka Mr. Law Teng How turut sama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA).
Latar Belakang Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) ini telah diberikan kelulusan di bawah no pendaftaran SA 0104424-D pada 17 November 2008 adalah sebuah pusat jagaan yang menaungi serta mengendalikan 2 buah rumah yang dijadikan asrama bagi anak-anak yatim,fakir,miskin serta remaja-remaja yang memerlukan bimbingan(diberi gelaran remaja harapan).
Anak-anak yatim,fakir miskin ini berumur antara 5 tahun hingga 10 tahun seramai 12 orang lelaki dan 9 orang perempuan dan 4 orang remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun dengan menyewa 2 buah rumah sebagai asrama mereka.
Pihak RUKESA menghantar anak anak yang berada di tahap persekolahan peringkat rendah di sekolah berhampiran dengan asrama,manakala anak anak yang ditahap umur para sekolah disediakan pembelajaran mereka di asrama kediaman mereka. Bagi anak anak remaja pihak RUKESA juga menyediakan kelas agama untuuk menyempurnakan tuntuan ilmu Fardhu Ain yang diwajibkan ke atas mereka serta menyediakan beberapa latihan kemahiran asas mengikut minat dan kecenderungan mereka.
Mereka menanggung segala keperluan kebajikan anak-anak ini seperti menyediakan makan minum,pakaian,duit belanja serta keperluan harian mereka.
Anggaran perbelanjaan bagi pusat jagan/rumah amal serta pembelajaran pendidiakan anak-anak ini yang merangkumi sewaan 2 buah rumah, kos utility, sewaan kenderaan,barangan dapurduit belanja, elaun guru/pengasuh dsbnya menjangkau RM 17,000 sebulan.
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (SA0104424-D)
No.15, Jalan 3/67
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
No Tel/Fax: 03 – 77857376