(SEMASA) PELAJAR MEMENANGI WANG TUNAI DAN HADIAH BERNILAI RM35,000

Spread the love

123-winners-of-khind-malaysias-2016-video-contest-sKuala Lumpur, 2 Disember 2016 – Tiga peserta muda telah memenangi wang tunai bernilai RM25,000, manakala universiti dan kolej mereka diberi ganjaran produk elektrik jenama Khind Malaysia yang bernilai RM10,000.

Pertandingan sulung yang diadakan dari 22 Ogos hingga 16 Oktober itu bertujuan untuk mengetengahkan bakat muda yang menakjubkan, dengan idea yang kreatif dan segar! Selaras dengan slogan Khind “Delivering Happiness”, para peserta diminta menghasilkan sebuah video 90 saat yang boleh memperbaharui imej jenama dan menarik perhatian generasi muda.

Albert Tan, Pengurus Besar Khind Malaysia berkata, “Khind merupakan jenama yang dipercayai oleh isi rumah di Malaysia selama beberapa dekad. Kami percaya bahawa generasi muda adalah masa depan kita, dan kami berharap platform ini akan memupuk dan mengembangkan bakat dalam bidang kreatif. “

Chia Wen May (19), dari Universiti Taylor telah membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai bernilai RM15,000. Video beliau yang menyentuh hati bertajuk “Harmoni” menggambarkan dua perempuan menyediakan sarapan pagi sebagai kejutan pada hari jadi rakan mereka.

Chew Yuan Khai, yang juga berumur 19, dari IACT College membawa pulang Hadiah Kedua berupa wang tunai bernilai RM7,000 dengan video “Peluang”. Video beliau memaparkan kisah di dunia digital di mana seorang gelandangan telah ditawarkan peluang oleh seorang yang tidak dikenali. Tindakan kecil tersebut telah mendorong lelaki tersebut untuk membuat kerja sambilan supaya dapat mengumpul mata digital yang cukup untuk meningkatkan taraf hidup.

Chua Shiyi (22), dari Universiti Taylor telah memenangi Hadiah Ketiga berupa wang tunai  bernilai RM3,000 dengan tajuk video beliau “Hello, It’s Khind”. Beliau telah menggunakan cara yang lucu dengan bijak untuk menggambarkan seekor jin moden menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh setiap isi rumah.

Pertandingan ini merupakan sebuah pentas untuk menambah pengalaman industri. Oleh itu, setiap penyerahan telah diadili berdasarkan pemikiran strategik, kreativiti dan kemahiran pelaksanaan. Para peserta yang menghadiri taklimat Khind Malaysia turut diberikan mata tambahan.

Pelajar-pelajar menjalankan projek dalam kumpulan dan diawasi dengan ketat oleh pensyarah kursus. Setiap institusi pengajian tinggi yang ,diwakili mereka juga masing-masing membawa pulang produk Khind yang bernilai RM5,000, RM3,000 dan RM2,000.

Boh Boon Chiang, Ketua Pegawai Operasi Khind Malaysia berkata, “Walaupun terdapat hanya tiga hadiah hari ini, anda semua adalah pemenang. Kami amat gembira untuk melihat bakat dan usaha anda, dan berharap untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dalam masa hadapan untuk memupuk bakat dalam bidang kreatif.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Khind Malaysia, sila layari www.khind.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *