(SEMASA) Pelancaran Baharu: Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Spread the love

(Petaling Jaya – 16 Jun 2024 ) – Sempena sambutan Hari Bapa, GINTELL, iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre. Kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL ini diilhamkan oleh salah seorang watak wira Marvel iaitu, Spider-Man”. Fungsi utama kerusi urut Spider-Man” GINTELL ini adalah Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional). Ia meliputi 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu untuk urutan tisu secara mendalam. Ia mampu membantu pengguna mengurangkan tekanan badan secara keseluruhan.

Pihak pengurusan GINTELL, duta GINTELL, Dato’ Seri Master Chris Leong, pihak pengurusan 1 Utama Shopping Centre, dan ahli media adalah antara tetamu yang hadir pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa dan pengenalan ringkas kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL kepada semua tetamu yang hadir.

Antara soroton yang utama adalah perkongsian testimoni oleh Dato’ Seri Master Chris Leong, dan pelancaran rasmi kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL oleh Dato’ Seri Master Chris Leong bersama Pengarah Pengurusan Kumpulan GINTELL, Dato’ Goh Cheh Yak.

Bagi menandakan pengakhiran majlis, beberapa peminat dan pengunjung dijemput naik ke atas pentas untuk sesi “mini game” iaitu “catwalk” dan menunjukkan pose tandatangan watak wira Marvel “Spider-Man”. 10 pelanggan bertuah GINTELL juga dipilih sebagai pemenang untuk

“Bone Setting Therapy” – demonstrasi langsung oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong secara percuma. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya dan media & tetamu dijemput ke tempat jamuan.

Kungjungilah “roadshow” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre yang berlangsung dari 12 Jun 2024 – 23 Jun 2024, 10 pagi – 10 malam. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk pelawat hanya pada hujung minggu iaitu seni lukisan pasir, penyesuaian rantai kunci dan lain-lain. Antara produk yang dipamerkan adalah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain. Promosi kerusi urut sah untuk masa terhad sahaja bermula serendah RM2,988 sempena Hari Bapa.

Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL dikuasai dengan Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional) dimana urutannya seolah meniru aksi sentuhan manusia. Roda Urut HD ini mempunyai 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu. Ia membolehkan urutan tisu secara mendalam yang membantu pengguna mengurangkan tekanan badan seolah pengguna berada di pusat urutan profesional meski mereka berada di rumah.

Fungsi Terapi Haba Lutut yang ada pada kerusi urut “Spider-Man” GINTELL meliputi tambahan 30% liputan di mana ia boleh mengurut kedua-dua betis dan lutut pada masa yang sama. Terapi haba dan refleksologi kaki secara keseluruhannya mampu membantu meregangkan kekejangan sendi, melancarkan pengedaran darah dalam badan serta menghilangkan sakit otot. Program ini amat berfaedah kepada warga emas kerana ia dapat membantu mengurangkan sakit kaki mereka.

Untuk memulakan program urutan, pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon atau gajet pintar mereka iaitu dengan penggunaan sambungan “Bluetooth” terus ke aplikasi GINTELL Super App OS yang boleh dimuat turun dari Google Play Store” dan App Store”.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan arahan suara melalui fungsi Kawalan Suara AI untuk mengawal kerusi urut. Dengan program AI Vi Memori pula, pengguna hanya perlu memilih program urutan kegemaran mereka dan menyimpannya ke slot AI Vi Memori untuk akses mudah pada bila-bila masa. Fungsi ini amat berfaedah untuk pengguna yang kurang pengetahuan tentang penggunaan teknikal terutamanya warga emas.

Fungsi-fungsi lain yang ada pada kerusi urut Spider-Man GINTELL adalah 12 program automatik, 10 teknik urutan, mod “Zero Gravity”, trek SV, urutan boleh laras (kelebaran untuk belakang), sambungan urutan kaki boleh laras, dan pembesar suara “Bluetooth.”

Sempena Hari Bapa, GINTELL menawarkan promosi khas terutamanya untuk kerusi urut bermula serendah RM2,988. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kerusi urut! Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60167500998 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat untuk rasai sendiri kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *