(SEMASA) Pelancaran Baharu: Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Spread the love

(Putrajaya – 22 Jun 2024)GINTELL, iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL di LG West Court, IOI City Mall, Putrajaya. Majlis pelancaran tersebut turut ada penampilan istimewa oleh duta GINTELL iaitu, Amber Chia & Dato’ Jalaluddin Hassan.

Kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL ini diilhamkan oleh salah seorang watak wira Marvel iaitu, Spider-Man”. Fungsi utama kerusi urut Spider-Man” GINTELL ini adalah Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional). Ia meliputi 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu untuk urutan tisu secara mendalam. Ia mampu membantu pengguna mengurangkan tekanan badan secara keseluruhan.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah pihak pengurusan GINTELL, duta GINTELL, Amber Chia & Dato’ Jalaluddin Hassan, pihak pengurusan IOI City Mall, dan ahli media. Majlis dimulakan dengan persembahan Kompang Tradisional Melayu diikuti dengan pengenalan ringkas kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL kepada semua tetamu yang hadir.

Antara soroton yang utama adalah perkongsian testimoni oleh Amber Chia & Dato’ Jalaluddin Hassan, dan pelancaran rasmi kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL oleh Amber Chia &

Dato’ Jalaluddin Hassan bersama Pengarah Pengurusan Kumpulan GINTELL, Dato’ Goh Cheh Yak. Untuk mengakhiri majlis tersebut, beberapa peminat dan pengunjung dijemput naik ke atas pentas untuk sesi “mini game” iaitu “catwalk” dan menunjukkan pose tandatangan watak wira Marvel “Spider-Man”. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya dan media & tetamu dijemput ke tempat jamuan.

Kungjungilah “roadshow” GINTELL di LG West Court, IOI City Mall, Putrajaya yang berlangsung dari 12 Jun 2024 – 23 Jun 2024, 10 pagi – 10 malam. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk pelawat hanya pada 22 Jun & 23 Jun 2024 iaitu seni lukisan pasir, penyesuaian rantai kunci dan lain-lain. Antara produk yang dipamerkan adalah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain. Promosi kerusi urut sah untuk masa terhad sahaja bermula serendah RM2,988.

Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL dikuasai dengan Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional) dimana urutannya seolah meniru aksi sentuhan manusia. Roda Urut HD ini mempunyai 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu. Ia membolehkan urutan tisu secara mendalam yang membantu pengguna mengurangkan tekanan badan seolah pengguna berada di pusat urutan profesional meski mereka berada di rumah.

Fungsi Terapi Haba Lutut yang ada pada kerusi urut “Spider-Man” GINTELL meliputi tambahan 30% liputan di mana ia boleh mengurut kedua-dua betis dan lutut pada masa yang sama. Terapi haba dan refleksologi kaki secara keseluruhannya mampu membantu meregangkan kekejangan sendi, melancarkan pengedaran darah dalam badan serta menghilangkan sakit otot. Program ini amat berfaedah kepada warga emas kerana ia dapat membantu mengurangkan sakit kaki mereka.

Untuk memulakan program urutan, pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon atau gajet pintar mereka iaitu dengan penggunaan sambungan “Bluetooth” terus ke aplikasi GINTELL Super App OS yang boleh dimuat turun dari Google Play Store” dan App Store”.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan arahan suara melalui fungsi Kawalan Suara AI untuk mengawal kerusi urut. Dengan program AI Vi Memori pula, pengguna hanya perlu memilih program urutan kegemaran mereka dan menyimpannya ke slot AI Vi Memori untuk akses mudah pada bila-bila masa. Fungsi ini amat berfaedah untuk pengguna yang kurang pengetahuan tentang penggunaan teknikal terutamanya warga emas.

Fungsi-fungsi lain yang ada pada kerusi urut Spider-Man GINTELL adalah 12 program automatik, 10 teknik urutan, mod “Zero Gravity”, trek SV, urutan boleh laras (kelebaran untuk belakang), sambungan urutan kaki boleh laras, dan pembesar suara “Bluetooth.”

Untuk meraikan pelancaran kerusi urut baharu, GINTELL menawarkan promosi khas terutamanya untuk kerusi urut bermula serendah RM2,988. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kerusi urut! Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60167500998 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat untuk rasai sendiri kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *