Kuala Lumpur – Scoot memulakan jualan tiket secara rasmi hari ini untuk destinasi terbaharunya di Malaysia, iaitu Kuching dan Kuantan. Tambahan kepada rangkaian penerbangan Scoot ini menjadikan syarikat penerbangan tersebut kini beroperasi di enam buah bandar raya di Malaysia termasuk Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.
Penerbangan sulung ke Kuching dijadualkan berlepas pada 29 Oktober 2017 manakala penerbangan pertama ke Kuantan pula akan berlepas pada 2 Februari 2018. Scoot akan mengendalikan penerbangan harian dari Singapura ke Kuching dan terbang tiga kali seminggu ke Kuantan.
Destinasi Baharu
Dua destinasi baharu ini adalah diantara lima destinasi baharu yang diumumkan pada 25 Julai bersempena dengan majlis penyempurnaan proses penggabungan Scoot-Tigerair di bawah jenama tunggal, Scoot. Tiga lagi destinasi lain adalah Honolulu, destinasi sulung Scoot di Amerika Syarikat, Harbin di Timur Laut China dan Palembang di Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, En. Lee Lik Hsin berkata, “Malaysia ialah pasaran yang sangat penting bagi Scoot. Destinasi baharu kami seperti Kuching dan Kuantan akan melengkapi rangkaian penerbangan kami di Asia Tenggara yang sememangnya kukuh. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami akan terus meneroka peluang untuk membawakan pengalaman kembara unik Scoot, yang dinamakan “Scootitude” kepada lebih ramai penumpang di rantau ini.”
Pakaian Seragam Baharu
Selain daripada destinasi baharu, anak kapal Scoot yang lebih mesra digelar Scootees, telah mula menggayakan rekaan pakaian seragam serba baharu dengan penampilan lebih menyegarkan, lengkap dengan ciri-ciri Scoot yang tersendiri. Pakaian seragam terbaharu untuk anak kapal wanita menampilkan potongan menarik dengan rekaan baju tidak simetri dan garis pinggang yang lebih tinggi, manakala rekaan untuk anak kapal lelaki pula memaparkan garis sudut yang lebih menonjol bagi menyerlahkan warna kuning pada kemeja polo yang digayakan.
Kedua-dua pakaian seragam anak kapal lelaki dan wanita ini juga menampilkan keceriaan, seperti butang hitam yang disulami dengan benang kuning untuk memberikan sentuhan tersendiri kepada pakaian seragam anak kapal lelaki, dan fabrik yang lebih tebal untuk memberikan keselesaan kepada Scootees agar tidak berasa sejuk semasa berkhidmat di dalam kabin. Pakaian seragam baharu ini merupakan permulaan baharu bagi anak kapal kedua-dua syarikat penerbangan ini, manakala kombinasi asas hitam dan kuning dikekalkan sebagai lambang keseronokan dan kespontanan jenama Scoot.
Nikmati yang Luar Biasa
Sempena dengan peluasan jenamanya, Scoot juga telah menggantikan cogan kata Get Outta Here! dengan slogan baharu, Escape the Ordinary (Nikmati yang Luar Biasa).
“Cogan kata baharu Scoot, Escape the Ordinary, mencerminkan pertumbuhan kami sebagai sebuah jenama syarikat penerbangan,” kata En. Lee. “Ia lebih relevan kepada pasaran global masa kini seiring pertumbuhan rangkaian kami yang serasi dengan naluri kami untuk mengembara dan meneroka dunia.”
Scoot juga melancarkan pesawat A320 pertama dengan nama “Conscious Coupling”, yang dahulu dikendalikan oleh Tigerair dan kini dicat semula dengan corak warna Scoot, sebagai tanda peringatan kejayaan penggabungan diantara Scoot dan Tigerair. Angkatan pesawat rangkaian Tigerair sedia ada akan dicat semula secara berperingkat dan perubahan penuh wajah pesawat dijangkakan selesai menjelang pertengahan 2018.
Untuk meraikan kejayaan ini, Scoot menawarkan tambang sehala yang menarik dari Kuching dan Kuantan. Taip kod promosi “MYSCOOT” untuk mendapatkan potongan RM15 daripada tambang FLYBAG dan FLYBAGEAT terpilih. Tambang Scoot bagi Kuching dan Kuantan disenaraikan di bawah. Promosi ini bermula sekarang sehingga 11.59mlm pada 14 Ogos 2017. Cepat, dapatkan tiket anda sekarang juga!
Tambang Penerbangan Dari Kuching dan Kuantan
Dari | Destinasi | Tambang Promosi (RM) |
Kuching | Singapura | RM99 |
Kuantan | Singapura | RM89 |
Kuching | Hong Kong | RM245 |
Kuantan | Hong Kong | RM215 |
Kuching | Guangzhou | RM245 |
Kuantan | Guangzhou | RM215 |
Kuching | Taipei | RM395 |
Kuantan | Taipei | RM365 |
Kuching | Sydney | MR465 |
Kuantan | Sydney | RM435 |
Kuching | Melbourne | MR465 |
Kuantan | Melbourne | RM435 |
Kuching | Athens | RM865 |
Kuching | Jeddah | RM895 |
Jadual Penerbangan Scoot bagi perkhidmatan Kuching-Singapura (Mulai 29 Oktober 2017)
Kuching – Singapura | |||
No. Penerbangan | Pelepasan (jam) | Ketibaan
(jam) |
Kekerapan |
TR 431 | 2225 | 2350 | Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Ahad |
TR 431 | 0815 | 0940 | Sabtu (Mulai 4 November 2017) |
Singapura – Kuching | |||
No. Penerbangan | Pelepasan (jam) | Ketibaan
(jam) |
Kekerapan |
TR 430 | 2020 | 2145 | Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Ahad |
TR 430 | 0610 | 0735 | Sabtu (Mulai 4 November 2017) |
* Jadual tertakluk kepada kelulusan pihak berwajib. Semua waktu yang disenaraikan adalah waktu tempatan.
Jadual Penerbangan Scoot bagi perkhidmatan Kuantan-Singapura (Mulai 2 Februari 2018)
Kuantan – Singapura | ||||
No. Penerbangan | Pelepasan (jam) | Ketibaan
(jam) |
Kekerapan | |
TR 471 | 1520 | 1625 | Isnin, Rabu | |
TR 471 | 2035 | 2145 | Jumaat | |
Singapura – Kuantan | ||||
No. Penerbangan | Pelepasan (jam) | Ketibaan
(jam) |
Kekerapan | |
TR 470 | 1330 | 1440 | Isnin, Rabu | |
TR 470 | 1845 | 1955 | Jumaat |
* Jadual tertakluk kepada kelulusan pihak berwajib. Semua waktu yang disenaraikan adalah waktu tempatan.
Layari www.flyscoot.com untuk mendapatkan lebih banyak tawaran tambang rendah dari Kuching dan Kuantan ke pelbagai destinasi pilihan.