(SEMASA) Pelancaran Klinik Usahawan Dr Azizan Osman: Mudahnya Berniaga

Spread the love

 IMG_9455

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2016:  Ramai mengeluh terhadap suasana ekonomi hari ini yang rata-rata tidak memihak kepada kebanyakan kita. Walaupun bisingnya kedengaran di peringkat global seperti turun naik harga minyak dunia tetapi kesannya turut terasa di dapur setiap isi rumah di Malaysia.

IMG_9448Perlu diingat, keadaan kegawatan ini akan berlarutan untuk satu jangka masa panjang.  Menurut pakar-pakar ekonomi dunia, keadaan ini akan menyebabkan kos sara hidup meningkat, peluang pekerjaan semakin terhad, kadar inflasi yang semakin tinggi, kejatuhan nilai matawang dan banyak lagi.

Menurut penulis buku terlaris bersama Brian Tracy, BEAT THE CURVE yang juga Jurulatih Kejayaan #1 Asia, Dr Azizan Osman, pusingan ekonomi begini sentiasa berlaku dalam setiap 10-15 tahun dan setiap manusia terpaksa melalui dan merasainya.IMG_9444

“Bagaimana anda melihat keadaan ini dapat mempengaruhi ekonomi keluarga anda yang akan memberikan impak yang besar ke atas tindakan yang akan anda ambil hari ini?

“Jika anda rasa ianya tiada kena mengena dengan anda, anda masih dalam keadaan stabil dan selamat, yakinilah, dalam setiap fasa kegawatan ekonomi, tiada seorang pun yang boleh terselamat melainkan mereka mempunyai ilmu yang cukup dengan tindakan yang betul,” kata Dr Azizan ketika ditemui di sidang media KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN OSMAN: MUDAHNYA BERNIAGA.

IMG_9266Di dalam majlis yang turut menyaksikan pelancaran bukunya yang terbaru, MUDAHNYA BERNIAGA, Dr Azizan menyarankan supaya orang ramai memulakan perniagaan sebagai persiapan menghadapi kegawatan ekonomi. Buku MUDAHNYA BERNIAGA akan berada di kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara mulai April ini pada harga RM45.90.

Beliau berkata, hanya dengan berniaga, dapat membantu anda menambahkan pendapatan, InsyaAllah. Bagaimanapun mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan, wajib mempunyai ilmu perniagaan yang betul.

“Jika ada ilmu, anda berkemungkinan untuk meningkatkan pendapatan lebih banyak daripada yang anda jangka.  Mungkin anda kata orang berniaga juga akan terkena tempias kegawatan ini, saya tidak menafikannya tetapi dengan ilmu dan sikap berani merebut peluang, InsyaAllah anda akan mampu menukar masalah kepada lubuk duit.IMG_9403

“Ramai bakal usahawan atau usahawan membuang masa bertahun-tahun membuat kesilapan yang merugikan di dalam memulakan atau membina perniagaan. Mereka lebih rela berniaga pada tahap yang sama atau tidak berapa menguntungkan daripada membenarkan diri mereka untuk belajar mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada orang lain yang terbukti berjaya.

“Tidak suka belajar atau ego tidak mahu mendapatkan ilmu merupakan antara sebab kritikal ramai usahawan ‘tersangkut’ pada tahap perniagaan yang sama. Mereka tidak sedar bahawa mereka tidak dilahirkan dengan ilmu dan kepakaran sebagai usahawan apatah lagi untuk membawa perniagaan mereka ke tahap jutaaan ringgit setahun, ianya memerlukan skil, ilmu dan strategi yang terbukti telah berjaya,” kata Dr Azizan.

Menurut beliau, tanpa ilmu keusahawanan yang sebenar, mereka akan end-up mencuba pelbagai jenis perniagaan banyak kali over the years dan ia membazir masa, wang dan tenaga.

IMG_9293Pengalaman membina empayar perniagaan beliau sepanjang hampir 20 tahun terutamanya dalam industri pengiklanan dan pemasaran menguruskan portfolio projek jenama-jenama besar termasuk TM, Digi, Celcom, HSBC, Standard Chartered, WWF dan MAKNA, banyak memberikannya pengalaman dan strategik formula bagaimana membantu usahawan membina bisnes ke tahap yang luar biasa. InsyaAllah.

“Sejak tahun 2008, saya komited membantu, memberikan inspirasi serta mengajar bakal usahawan atau usahawan terutamanya bumiputera bagaimana mudahnya mereka boleh memulakan perniagaan dan membangunkannya dengan pantas sehingga beribu anak didik saya yang bukan sahaja telah membina perniagaan tetapi ramai yang telah mencapai tahap jutawan,” katanya yang berada di London pada 20-22 Februari lalu untuk mengikuti seminar oleh pakar perunding keusahawanan dan pemasaran terkenal dunia, Peter Sage.

IMG_9480Bermula April ini, Richworks Academy, akan berkongsi idea dan ilmu demi membantu anda menyediakan diri untuk menghadapi keadaan kegawatan ini. Sebanyak 11 lokasi sudah dikenal pasti untuk Richworks mengadakan KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN OSMAN: MUDAHNYA BERNIAGA di seluruh negara.

Lokasi-lokasi terpilih ialah:

  1. Kuala Lumpur (2 April)
  2. Pulau Pinang (3 April)
  3. Alor Setar (9 April)
  4. Ipoh (10 April)
  5. Kota Bharu (15 April)
  6. Kuantan (16 April)
  7. Melaka (17 April)
  8. Johor Bahru (23 April)
  9. Shah Alam (24 April)
  10. Tawau (14 Mei)
  11. Kota Kinabalu (15 Mei)

Cuba tanya diri anda soalan-soalan berikut:

  • Adakah anda tahu tentang keadaan ekonomi sekarang?
  • Adakah anda rasa kesannya?
  • Cuba lihat sekeliling, adakah sahabat atau saudara mara yang telah dibuang kerja, VSS, terlibat dalam penstrukturan semula syarikat, dan lain-lain. Melihat mereka, bagaimana perasaan anda?
  • Apakah kesan terbesar yang akan menghimpit anda andai keadaan kegawatan ini akan berlarutan untuk jangka masa panjang?
  • Apakah satu tindakan yang akan anda lakukan bagi mengurangkan kesan kegawatan ini ke atas diri anda dan keluarga?

Layari www.klinikusahawan.com untuk maklumat lanjut.

Muat turun sekarang di www.klinikusahawan.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *