PETALING JAYA: Penyanyi Adira Suhaimi mengumumkan kolaborasi bersama jenama tudung Hermanas bersempena kempen raya 2019 Pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira telah diadakan dalam sebuah majlis bertempat di The Curve, pada Selasa.
Koleksi istimewa ini menampilkan tudung bawal dengan material berkualiti tinggi iaitu Premium Coton Voile yang semenangnya mudah dibentuk dan tidak mudah kedut. Pengasas Hermanas Syed Zulhilmi Tuan Syarif berkata, koleksi istimewa itu boleh di dapati sepanjang bulan Mei dan Jun ini
Dengan pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira ini kami berharap Hermanas akan lebih dikenali ramai di dalam dan luar negara. Sehingga kini pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia malah negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi.
Bawal Hermanas sangat berbeza dari bawal yang sedia ada di pasaran kerana material yang gunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu Hermanas Premium Cotton Voile, la sangat senang dibentuk, tidak mudah kedut, ‘on point sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan,” ujar Syed
Dalam pada itu, pemilihan penyanyi Adira disifatkan paling sesuai berikutan wanita tersebut juga berimej muslimah. Adira adalah pilihan yang tepat sebab salah satunya dia sendiri bertudung.
Cara pemakaian dia juga cantik, trendy dan kemas bersesuaian dengan tudung bawal Hermanas. Selain itu juga, Adira mempunyai pengikut tersendiri yang mempu meningkatkan Hermanas ke tahap lebih tinggi. ujarnya
Pada majlis itu, Adira telah menandatangani sehelai tudung istimewa edisi terhad yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan RM1,000. Duit hasil lelongan itu akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut hari raya nanti.
Koleksi Raya Hermanas X Adira menawarkan 12 rekaan keseluruhan dengan enam rekaa pertama akan dilancarkan pada Mel dan selainya akan dilancarkan pada awal Jun depan. Setiap design mempunyai lebih 5 kombinasi warna, dari koleksi warna ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna.
Koleksi itu boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Dan sempena musim perayaan ini, peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan dengan harga istimewa untuk pembelian tiga helai iaitu RM197 dengan penghantaran percuma dan berserta dengan kotak eksklusif.
Selain itu, koleksi ini juga boleh didapati dengan semua stokis sah Hermanas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia atau di butik Hermanas di Kota Damansara beralamat 29-1 JALAN PJU 5/20E The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau hubungi nombor telefon 010-334 8784 Juga layari web www.hermanas