(SEMASA) Pelancaran Kuala Lumpur Bike Week 2016

Spread the love

sdr

Kuala Lumpur – 24 November 2016 – Acara tahunan anjuran Red Garage Enterprise, Kuala Lumpur Bike Week 2016 penganjuran kali ke 9, sekali lagi akan menggegarkan bandaraya Kuala Lumpur pada 16hb dan 17 hb Disember 2016 ini. Sekali lagi memilih The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) , jalan Ampang, Kuala Lumpur, KL Bike Week kali ini pasti menjanjikan lchih banyak hidangan aktiviti yang akan disediakan bukan sahaja untuk para pemilik atau peminat motosikal berkuasa tinggi, malahan juga untuk pengunjung – pengunjung yang datang dari pelbagai latarbelakang termasuklah pelancong­ pelancong asing.

sdr

Kegemilangan acara tahunan Kuala Lumpur Bike Week 2016 kali ini telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur l DBKL). Melalui jalinan kerjasama yang lebih baik kali ini, acara permotoran terbesar di ibu kota ini sudah pasti menghidangkang pelbagai aktiviti dan program yang lebih menarik dan lebih hebat.

Memilih lokasi ‘hot spot’ di tengah – tengah ibu kota, Lanai Matic yang mampu menampung lebih daripada 100 buah khemah jualan dan pameran ini, sudah pasti akan di banjiri dengan pelbagai jenis motor berkuasa tinggi daripada seluruh Malaysia dan juga pengunjung – pengunjung dari serantau Asia seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Australia dan juga Amerika Syarikat. KLBW16 kali ini juga mampu menarik lebih banyak pengunjung dari luar, antara tetamu khas yang bakal muncul adalah Lulut Wahyudi, penganjur acara tersohor seluruh dunia: Kustomfest yang berlangsung di jogjakarta, Indonesia, Bingky dari Bingky Bikerstation Jakarta serta pemilik Imagineering Custom Jakarta, Teddy Widjaja. Turut bakal hadir, En Sumon Wittaya Singkalah selaku penganjur Phuket Bike Week serta pemilik majalah motosikal tersohor Thailand ; Ride Thailand.

sdr

Apa yang paling menarik di Kuala Lumpur Bike Week kali ini adalah penganjur telah menjemput seorang stunt rider wanita motosikal berkuasa tinggi yang cukup terkenal dengan aksi lagak ngerinya iaitu iaitu Christina Lee Billing. Di bawakan khas dari Amerika Syarikat, Christina akan mcmbuat aksi stunt di sepanjang Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada 17 hb Disember 2016 nanti.

Selain dari aktiviti jualan pelbagai barangan permotoran oleh peniaga dan pengusaha ternpatan, KL Bike Week juga merupakan platform terbaik untuk para peniaga dan pengusaha tempatan bagi mempromosikan produk mereka seperti pakaian, aksesori, alat ganti, juaJan motosikal secara diskaun, dan macam macam lagi serta menggalakkan anak – anak muda yang berkemahiran dalam bidang vokasional automotif.

Seperti tahun – tahun sebelum ini, KL Bike Week tidak akan lengkap andai tidak di turut serta dengan acara ‘trademark’ iaitu acara menunggang motosikal secara konvoi. Bagi acara “ride” kali ini, Red Garage akan memperkenalkan dua acara baru iaitu Batik Fun Ride dan Warrior Charity Run.

Julung – julung kalinya, Batik Fun Ride merupakan acara konvoi berpakaian batik mengelilingi Pusat Bandar Kuala Lumpur bagi memberi kesedaran buat kita semua dengan pakaian tradisional tempatan selain mempromosikan lagi tema batik ini di mata pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Manakala Warrior Charity Run pula merupakan acara berkonvoi sambil mengumpul sumbangan untuk Tabung Pahlawan Negara, bagi memperingati akan jasa jasa mereka yang telah berjuang demi Negara, Bangsa dan Agama,

Selain pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan OBKL, KL Bike Week 2016 juga telah di sambut baik oleh pihak korporat dan swasta melalui tajaan – tajaan bersama yang pastinya akan merneriahkan lagi suasana di acara KL Bike Week 2016 ini nanti. Antara syarikat korporat dan swasta yang juga turut serta dalam acara permotoran terbesar di ibu kota ini ialah Harley Davidson Kuala Lumpur, Victory Motorcycles Malaysia, Michelin Tire Malaysia, BMW Motorrad, Petronas Motorsport dan lain lain lagi.

sdr

Red Garage Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah mula beroperasi dalam industry permotoran sejak tahun 2008.Pengusaha Red Garage Enterprise, En Muhd Idi Iskandar bin Dato’ Seri Abu Zahar telah memulakan perniagaan kecil – kecilan dalam bidang permotoran dengan bermula atas dasar minatnya yang mendalam dengan dunia permotoran. Atas dasar itu, beliau telah mengembangkan lagi sayap perniagaannya dalam industri permotoran ini dengan menjadi pengedar sah kepada barang – barang import seperti Drag Specialties, Custom Chrome, Arlen Ness – Motorcycles, Heartland USA, dan Biltwell Inc.

Turut berada di cara tersebut merupakan gerai jualan produk RED GARAGE seperti pakaian, alat ganti motosikal berjenama seperti Vance & Hines, Paul Yaffe Bagger Nation, Bassani Cycles, Performance Machine Wheel, dan banyak lagi.

Melalui usaha selama lebih 8 tahun oleh pihak penganjur, Red Garage Malaysia berharap acara gilang – gemilang untuk industri permotoran ini akan terus mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak agensi – agensi kerajaan juga serta akan di sambut balk oleh golongan pcrninat motosikal, pengguna, pengusaha dan masyarakat secara umumnya. Red Garage juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, khususnya kepada YB Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan YB Timbalan Menteri, Datuk Hajah Mas Ermieyati Shamsudin di atas sokongan yang tidak pernah putus dan terus memberi kepercayaan kepada pihak penganjur, sehingga penganjur telah berjaya untuk penganjuran kali ke 9 ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *