(SEMASA) PELANCARAN PUSAT KECANTIKAN WAJAH NAARABELLE FACESPA

Spread the love

dsc_0163KUALA LUMPUR 15 Sept 2016: Pusat kecantikan Naarabelle Facespa hari ini dilancarkan secara rasmi dengan menawarkan rawatan kepada wanita yang mempunyai kulit bermasalah. 

_dsc3456Pengarah urusannya, Wan Ahmad Fadhil Wan Jaafar, berkata, pusat kecantikan ini juga menawarkan perkhidmatan dengan kos yang sangat berpatutan untuk semua golongan masyarakat.

“Dengan teknologi yang digunakan di Naarabelle Facespa juga mempunyai kualiti daripada gred yang bermutu tinggi serta canggih mengikut peredaran mada kini dan juga global.

“Selain itu, fasiliti yang disediakan Naarabelle Facespa turut dititikberatkan bagi menjaga pelanggan yang sedang menunggu agar berasa selesa dan tenang sebelum menerima perkhidmatan kami,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Fadhil, keistimewaan Naarabelle Facespa juga menggabungkan cara rawatan secara teknologi moden dan tradisional.

“Di Naarabelle Facespa, kami menggabungkan konsep rawatan tradisional dan moden yang digunakan oleh pakar kecantikan terlatih.

“Pelanggan turut merasai pengalaman rawatan berteknologi terbaik, dalam masa yang sama turut merasai suasana mewah dan selesa dengan harga berbaloi,” ujarnya.

dsc_0118Naarabelle Facespa juga merupakan kolaberasi bersama usahawan tudung terkenal Bella Amara, Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh atau lebih dikenali sebagai Bella Amara.

Sharifah Nabilla atau Belle secara tidak langsung menjadi duta kepada Naarabelle Facespa.

“Ramai yang bertanya kepada saya mengenai penjagaan wajah dan produk yang saya guna untuk mengekalkan kecantiakn walaupun penat bekerja seharian menguruskan butik.

“Ini adalah salah satu cara saya berkongsi rahsia dan mencuba satu lagi cabang perniagaan baru,” ujar Belle.

Dalam pada itu, menerusi pelan jangka panjang Naarabelle Facespa merancang untuk membuka 50 cawangan di seluruh negara termasuk memberi peluang kepada usahawan baharu yang berminat untuk membuka cawangan di negeri mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *