(SEMASA) PELANCARAN RASMI MFORCE OIL: KOLABORASI STRATEGIK MFORCE DAN PETRONAS.

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER 2025 – Bersempena Mforce Mid-Autumn Gala yang berlangsung di Courtyard Kuala Lumpur South, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah memperkenalkan jenama minyak pelincir baharu iaitu Mforce Oil, yang dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama PETRONAS.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. serta Mohd Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mforce Oil ditawarkan dalam lapan (8) variasi minyak pelincir yang memenuhi keperluan motosikal pelbagai segmen:

No. Jenis Minyak Pelincir Gred Minyak Harga Pasaran (RM/L)
Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak
1 Mforce FS 15W-50 SN MA2 (16X1L) Sintetik Penuh 58.00 56.00
2 Mforce SS 15W-50 SN MA2 (16X1L) Separuh Sintetik 48.00 46.00
3 Mforce SS 4T 10W-40 SN MA2 (16X1L) Separuh Sintetik 48.00 46.00
4 Mforce SS AT 10W-40 SN MB (16X1L) Separuh Sintetik 48.00 46.00
5 Mforce FS 4T 10W-40 SN MA2 (16X1L) Sintetik Penuh 58.00 56.00
6 Mforce FS AT 10W-40 SN MB (16X1L) Sintetik Penuh 58.00 56.00
7 Mforce SAE 40 SG MA (16X1L) Mineral 19.00 17.00
8 Mforce SAE 20W-40 SL MA2 (16X1L) Mineral 27.00 25.00

 

Kerjasama antara Mforce dan PETRONAS ini bertujuan untuk menyediakan minyak pelincir berkualiti tinggi yang bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, tetapi juga memastikan prestasi enjin motosikal lebih tahan lama, efisien serta mesra alam.

Mforce Oil Powered by PETRONAS diformulasikan menggunakan teknologi pelincir terkini daripada PETRONAS, sekali gus menjamin prestasi dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sebagai produk tulen yang dibangunkan khusus untuk Mforce, formulasi ini menepati spesifikasi tepat yang ditetapkan oleh Mforce dengan menggabungkan teknologi aditif canggih serta minyak asas berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan enjin yang optimum dan kecekapan maksimum.

Mforce Oil bakal diedarkan melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia, sekaligus memberi nilai tambah kepada pelanggan dengan produk premium yang dijamin kualiti serta kebolehpercayaannya.

Dengan pelancaran Mforce Oil, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. melangkah setapak lagi ke hadapan dalam industri permotoran dengan matlamat untuk menjadi peneraju dalam segmen minyak pelincir motosikal tempatan. Kerjasama erat bersama PETRONAS diyakini akan membuka lebih banyak peluang inovasi dan pembangunan produk baharu pada masa akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *