(SEMASA) PELANCARAN SUPER MOPED VOGE FORMICA ROSSA 150 

Spread the love

Selepas memperkenalkan jenama Voge ini di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang, Selangor tempoh hari jenama terbaharu yang dibawakkan oleh Mforce untuk pasaran Malaysia telah memperkenalkan model super moped iaitu Formica Rossa 150 ataupun dikenali sebagai FR150. 

Dengan harga permulaan RM8,888.00, Voge Formica Rossa 150 boleh didapati di mana-mana pengedar sah Voge di seluruh Malaysia sekarang. Terdapat tiga warna pilihan; Canary Yellow, Heat Red dan Bold Blue

Dari segi kuasa, FR150 menggunakan enjin DOHC yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 11.5kw pada 8,500rpm dan tork 13.5Nm pada 7,500rpm. Ia turut menggunakan silinder tunggal dengan 4-injap dan kotak gear klac manual 6-kelajuan.

Walaupun dalam kategori moped, tayar FR150 dipasang dengan brek cakera bersaiz 244mm di hadapan dan 203mm di belakang serta sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran yang meningkatkan lagi keselamatan semasa menunggang.

Suspensi di bahagian hadapan super moped ini menggunakan jenis teleskopik manakala bahagian belakang menggunakan suspensi monoshock yang menawarkan redaman yang lebih baik dan lebih tepat, yang menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik berbanding suspense jenis berkembar.

Seiring dengan teknologi, Voge Formica Rossa 150 menggunakan sistem tanpa kunci yang lebih berorientasikan pengguna dan lebih mudah untuk dikendalikan. Walaupun dalam kategori kapcai, motosikal ini dilengkapi dengan sistem Slipper Clutch dimana ianya membantu dari segi mengurangkan kelajuan enjin dengan membenarkan klac untuk terpisah seketika / tergelincir (slip) daripada pemacu sementara kelajuan enjin menurun berpadanan dengan kelajuan motorsikal.

Dari segi pencahayaan, Formica Rossa menggunakan lampu LED penuh pada bahagian lampu hadapan dan lampu belakang yang meningkatkan keterlihatan semasa menunggang dalam suasana yang gelap. Panel paparan motosikal ini menggunakan jenis LCD yang memaparkan segala informasi yang lebih jelas dilihat oleh penunggang.

Untuk kemudahan, port pengecas USB turut dipasang untuk penunggang mengecas telefon bimbit atau gajet mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *