Satu-satunya butik vendor terbesar dalam pusat membeli belah iaitu Mode Market (MM) melancarkan operasinya secara rasmi di Quill City Mall, di sini, pada hari ini (Sabtu).
Butik yang diusahakan oleh seorang anak muda iaitu Ahmad Nazrul Mohamad Isa, 29, bertujuan memberi peluang kepada peniaga-peniaga baru yang sebelum ini menjalankan urusniaga secara dalam talian.
“Objektif pembukaan butik ini adalah bagi memberi ruang kepada peniaga-peniaga baru dan online yang mahu mengembangkan peniagaan mereka dengan memasarkan produk mereke di pusat membeli belah.
“MM membawa jenama pakaian tempatan untuk lebih bersaing dengan jenama luar,” ujarnya Ahmad Nazrul.
Setakat ini, MM disertai lebih 30 jenama pakaian tempatan antaranya Naelofar Hijab, Azura Azwa, Madeena by Mizz Nina, Pestle & Mortar, DistroKL Customade Shoes, When our eyes met by Yasmin Ramly, Venaise Kuala Lumpur, Red Audra, Zefiks Collections dan banyak lagi.
Selain itu, menurut Ahmad Nazrul, MM membuka ruang kepada jenama-jenama tempatan bagi memenuhi ruang yang masih ada.
“MM mula operasi pada 15 Ogos lalu dan setakat ini sudah ada 30 vendor dan masih lagi membuka ruang kepada vendor yang berminat.
“MM juga menawarkan harga sewaan mampu milik walaupun lakosi di dalam pusat membeli-belah,” ujarnya.
Sebarang pertanyaan tentang butik atau vendor yang berminat boleh hubungi kami di nombor 03-2602 0026 atau email di admin@modemarketmalaysia.com.