(SEMASA) Pencarian Duta Kinohimitsu memaparkan tema “Real People, Real Testimonial and Real Stories”

Spread the love

DSC_8551.jpgresize

Wanita moden dikatakan kuat, cantik dan berkeyakinan. Mereka tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka dan mengambil berat tentang kesihatan dan keselesaan hidup.

Permulaan Pencarian ini bermula dengan tempoh pencarian selama dua bulan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 14 finalis telah terpilih. Pencarian Duta Kinohimitsu ini juga dapat membentuk tanggapan pelanggan terhadap kualiti produk.

Peserta yang terpilih akan diperkenalkan ketika berlansungnya peringkat akhir yang akan diadakan di Pusat Membeli-belah Alamanda, Putrajaya pada 30 Mei 2015. Pertunjukkan ini menyerlahkan gaya terbaru dan menarik jenama Kinohimitsu untuk tatapan umum dan media.

Pemenang pertama akan membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 (termasuk wang tunai, baucar tunai Guardian dan hamper produk). Selain itu juga, pemenang pertama akan dianugerahkan sebagai duta Kinohimitsu dengan kontrak selama dua tahun bersama Kinohimitsu.

Pemenang tempat kedua dan ketiga juga memenangi hadiah yang masing-masing bernilai RM6,000 dan RM3,500. Anugerah subsidiary (bernilai RM1,000) juga akan dianugerahkan untuk gelaran Miss Fotogenik, Miss Kulit Terbaik, Miss Popular dan Miss Catwalk Terbaik.

Peserta juga berkongsi transformasi diri mereka selepas mengamalkan produk terbaru Kinohimitsu di peringkat akhir ini. Mengamalkan Kolagen Aktif yang mana ada yang mengatakan bahawa ia telah mengubah kehidupan mereka dan keyakinan mereka.

Ada juga menyatakan rasa puas hati terhadap keberkesanan Kolagen Aktif, dengan banyak manfaat yang membantu mereka mendapatkan kulit yang berseri dan awet muda. Produk ini juga digemari kerana mudah untuk diambil.

Kolagen Aktif mengandungi kolagen marin dan ramuan semulajadi yang lain seperti ekstrak beri camu-camu dan dekstrin gandum. Ramuan ini bertindak untuk mengekalkan ketahanan dan keanjalan kulit, selain membantu mengekalkan kesihatan badan.

Jenama-jenama yang telah menaja Pencarian Duta Kinohimitsu termasuklah Amee Philips, Celebrity Fitness, Medavita, GHD, Catrice, Hotel Kino, Studio Yipieyaya dan Dani Ashton Talent & Management.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *